Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa Beserta Bacaan Rumi

Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa Beserta Bacaan Rumi. Puasa Ramadan bakal tiba tidak berapa hari lagi. Berikut disertakan lafaz niat puasa Ramadhan dan doa berbuka puasa dalam Arab dan Rumi untuk panduan semua. Moga ianya bermanfaat.

Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat puasa dalam bahasa Arab, memadai ianya di baca dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi adalah lebih baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

  • Niat Puasa Bulan Ramadhan dan Niat Puasa sebulan

 niat puasa ramadhanDigalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu Berniat Puasa

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Doa berbuka puasa


doa berbuka puasa rumi

Lafaz Doa Selepas Berbuka Puasa


doa selepas berbuka
Doa Selepas Berbuka Puasa



0 comment... add one now