Permohonan UPU Fasa 2 2016 Online Lepasan STPM

Permohonan UPU Fasa 2 2016 Online Lepasan STPM Asasi Matrikulasi. Dipetik dari makluman rasmi UPU, permohonan kemaskini UPU Fasa 2 untuk lepasan STPM (U3), Matrikulasi dan Asasi 2015 akan di buka dari 3 Mei 2016. Permohonan Fasa kedua adalah melibatkan lepasan STPM 2015 yang akan mengambil peperiksaan Ulangan Penggal 3 (U3)/ Matrikulasi dan Asasi tahun 2015 sahaja dengan syarat pemohon telah mengemukakan permohonan awal pada 18 Januari 2016 hingga 5 April 2016.


Kemaskini Permohonan UPU Fasa 2

Permohonan UPU Fasa Kedua 2016

Pemohon perlu mengakses applikasi permohonan di mana terdapat 2 kategori permohonan iaitu :-

1. Fasa Kedua Lepasan STPM (U3)

  •  Tarikh Buka : 3 Mei 2016
  •  Tarikh Tutup : 6 Mei 2016

2. Fasa Kedua Matrikulasi/ Asasi 2015

  • Tarikh Buka : 9 Jun 2016
  • Tarikh Tutup : 17 Jun 2016
UPU Fasa 2 2016 Online Lepasan STPM

Untuk maklumat lanjut Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi UPU di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang. Anda juga boleh dapatkan informasi terkini di FB UPU BPKP JPT atau Laman Web Rasmi UPU.

0 comment... add one now