Contoh Karangan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS)

Contoh Karangan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS). Dengan menceburi Industri Kecil dan Sederhana (IKS), ianya akan dapat meningkatkan pendapatan penduduk. Berikut disertakan contoh karangan berkenaan IKS untuk panduan semua.

Industri Kecil Dan Sederhana (IKS)
(1)  Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dapat membuka dan menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada masyarakat terutamanya penduduk setempat.

Membangunkan industri kecil dan sederhana akan dapat meningkatkan permintaan terhadap bahan-bahan mentah termasuk hasil dalam sektor pertanian dan perikanan.

Dengan ini, industri kecil dan sederhana dapat meningkatkan pendapatan penduduk.

Jelasnya, industri kecil dan sederhana merupakan kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kebanyakan kawasan.

(a) Industri kecil dan sederhana banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ‘Satu Kampung Satu Produk’.

Contohnya, kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan, perusahaan batik, kilang memproses makanan dan sebagainya.

Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran kepada penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung luar.

Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil keluaran Industri kecil dan sederhana di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan.

Jelasnya, industri kecil dan sederhana sangat penting untuk meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar.

(b) Industri kecil dan sederhana juga dapat membuka dan menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung.

Untuk menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha Industri kecil dan sederhana memerlukan pekerja yang banyak.

Sebagai contoh, kilang memproses makanan memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan, memasak, membungkus serta memasarkan produk mereka.

Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu pengusaha industri kecil dan sederhana akan mengupah  pekerja dalam kalangan masyarakat setempat.

Langkah ini akan menawarkan peluang pekerjaan kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja.

Dengan ini industri kecil dan sederhana bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan penduduk malah dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat setempat.


Sumber - Bumi Gemilang

0 comment... add one now