Cara Buat Permohonan Rumah Kos Rendah Dan Mampu Milik Negeri Johor Secara Online

Cara Buat Permohonan Rumah Kos Rendah Dan Mampu Milik Negeri Johor Secara Online. Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Rumah Mampu Milik dan Kos Rendah mampu memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya bagi mereka yang tidak mampu membeli rumah yang mahal.
Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor Secara Online
Berikut adalah cara-cara membuat permohonan Rumah Kos Rendah Dan Mampu Milik Negeri Johor Secara Online
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
  • 1. Warganegara Malaysia, menetap selama 5 TAHUN di Negeri Johor dan berumur 18 tahun keatas.
  • 2. Berkahwin / bujang layak memohon
  • 3. Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
  • 4. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
  • 5. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon RMMJ
  • 6. Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/mewah TIDAK LAYAK memohon
  • 7. Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN SUMPAH hendaklah di HANTAR SENDIRI ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan LUPUT/BATAL
  • 8. Semua DOKUMEN SOKONGAN & SURAT AKUAN SUMPAH yang dikirim melalui POS TIDAK AKAN DITERIMA.
  • 9. Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.
CARA BUAT PERMOHONAN
Layari laman web eRumah Johor di Applikasi Permohonan
Baca dengan teliti dan ikut kenyataan berikut :-

  • Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan jelas.
  • Borang permohonan dan SALINAN DOKUMEN yang dilampirkan perlu JELAS agar permohonan TIDAK DITOLAK
  • Permohonan tidak akan diproses sekiranya maklumat didapati PALSU
  • Setiap permohonan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00
  • Pastikan setiap bayaran yang dibuat diakui terima dengan RESIT RASMI
  • Tempoh sah pendaftaran ADALAH 5 TAHUN dan boleh mendaftar semula selepas tamat tempoh
  • Semakan status permohonan rumah di Negeri Johor - Klik  http://erumah.johor.gov.my/?module=ops_ctc
SYARAT PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR
Berikut adalah syarat Pemilihan Kategori Rumah Bagi Rumah Kos Rendah (RKR) / Rumah Kos Sederhana Rendah (RKSR) / Rumah Komuniti Johor (PKJ A & PKJ B) / Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)




KATEGORIHARGA RUMAHHAD PENDAPATAN
RKR 1RM 25,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 2,000.00
RKR 2RM 28,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 2,000.00
RKR 3RM 30,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 3,000.00
RKR 4RM 35,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 3,000.00
RKSR 5RM 50,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 3,500.00
PKJ ARM 42,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 3,000.00
PKJ BRM 80,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 4,500.00
RMMJRM 120,000.00 hingga RM 220,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 6,000.00

SUMBER eRumah Johor

3 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown August 07, 2016
Rumah teras dlm kos rendah ni area mn ?
Alia Syafiney Alia Syafiney August 18, 2016
SAYA NK BELI RUMAH TERES KOS RENDAH,DENGAN BAYARAN CASH MACAM MANA SAYA NK DAPATKAN?AREA YG DIPILIH ; TAMAN TERATAI SKUDAI JOHOR, TAMAN SERI PULAI, KANGKAR PULAI DAN KAWASAN BERDEKATAN.JIKA ADA SESIAPA BERHAJAT UNK MENJUAL RUMAH TERES BOLEH HUBUNGI SAYA..AREA SKUDAI JOHOR
Noor Safika Noor Safika November 24, 2016
Macam mana nak semak permohonan rumah samada layak atau tidak.. TQ