Tips Penjagaan Kulit Wajah Yang Betul

Tips Penjagaan Kulit Wajah Yang Betul. Ramai di antara kita yang mempunyai masalah kulit wajah terutamanya golongan wanita. Dan sememangnya kita pasti berasa kecewa apabila pelbagai produk kecantikan yang di cuba tidak mendatangkan sebarang perubahan. Tetapi pernahkah anda terfikir sama ada anda mencuci wajah anda dengan tips yang betul? Di sini kami ingin berkongsi beberapa tips menjaga kulit wajah yang betul untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.

Pencuci Muka
Kenali jenis kulit wajah anda dahulu sebelum membeli pencuci muka. Sebagai contoh, jika anda memiliki kulit muka berminyak, jangan pilih pencuci muka khas buat orang yang mempunyai kulit sensitif kerana ia tidak sesuai. Setelah anda tahu jenis kulit muka anda, dapatkan pencuci muka yang sesuai. 

menjaga kulit wajah
Jika anda menggunakan pencuci muka yang sama dalam tempoh seminggu dan mendapati kulit muka anda sedikit kasar dan didatangi ruam-ruam halus, itu adalah gejala alergi. Hentikan penggunaan pencuci muka tersebut dengan segera.
  • Sebelum mencuci muka, anda disarankan agar membersihkan wajah terlebih dahulu dengan tisu basah atau minyak bayi. Ianya boleh menanggalkan kotoran yang ada pada wajah yang berkemungkinan tidak mampu dibuat oleh pencuci muka sahaja. Bahagian wajah anda yang perlu diberi perhatian adalah pada kawasan sekitar mata, tepi hidung, dan keseluruhan kulit muka anda.
  • Buihkan pencuci muka anda sebelum disapu pada kulit muka. Jangan sesekali menggosok muka anda dengan kuat. Lakukan pembersihan dalam bentuk putaran, sebelum membilasnya dengan air bersih.
  • Usah fikir dengan hanya sekali cucian wajah anda sudah bersih sepenuhnya. Ambil pencuci muka sekali lagi dan ulangi langkah kedua.
  • Selepas wajah anda dibilas dengan air bersih, lapkan perlahan-lahan sebelum anda mengoleskan penyegar dan pelembap wajah.
Toner (penyegar)
Toner (penyegar) adalah amat penting bagi mengekalkan kesegaran pada kulit muka. Jadi, pilihlah penyegar yang berasaskan bahan-bahan semula jadi untuk hasil yang lebih baik.

  • Gunakan kapas muka yang lembut untuk dibasahi dengan sedikit penyegar.
  • Sapukan penyegar ke seluruh muka dan bahagian leher secara perlahan-lahan.
  • Pastikan ia disapu dalam keadaan memutar. Jika anda dapat merasakan sensasi dingin penyegar wajah yang anda gunakan, ini bermakna wajah anda sudah benar-benar segar.
Pelembap muka
Sama seperti penyegar, pelembap muka juga amat penting untuk memelihara kesihatan dan kecantikan kulit. Pelembap yang baik adalah apabila ia dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi seperti teh hijau dan daun lidah buaya. Pelembap muka tanpa haruman adalah lebih baik kerana ia menunjukkan kandungan kimia yang rendah atau langsung tidak mempunyai bahan ini di dalamnya.

  • Ambil pelembap muka dan sapukan perlahan-lahan di keseluruhan wajah dan leher anda.
  • Mulakan dengan bahagian dahi, diikuti dengan bahagian muka, dan terus ke dagu.
  • Hati-hati dengan jumlah pelembap muka yang anda pakai kerana jumlah yang berlebihan akan menyebabkan wajah anda tampak berminyak.
  • Sekiranya kulit anda terasa licin atau sedikit melekit, ia menandakan kelembapan pada muka anda sudah mencukupi.
Skrub
Skrub berfungsi untuk membantu meluruhkan sel mati yang merupakan punca kulit kering dan kusam. Di samping itu, ia juga membantu mempercepatkan proses regenerasi sel kulit.
  • Gunakan skrub muka setiap dua atau tiga kali seminggu. Pilih skrub yang mempunyai butiran halus kerana ia lebih sesuai dengan tekstur kulit seorang wanita. Skrub dengan butiran kasar lebih sesuai untuk lelaki kerana liang roma mereka yang luas.
  • Pupur wajah anda seminggu sekali untuk menanggalkan sel-sel mati dengan lebih berkesan selepas ia dilulur dengan skrub.
  • Penggunaan krim lingkaran gelap bawah mata atau sebarang petua lain untuk menjaga kesihatan dan kecantikan mata juga tidak salah diamalkan selagi ia tidak mendatangkan kesan sampingan.
Semoga bermanfaat
SUMBER

0 comment... add one now