Tips Penjagaan Air-Cond Kereta Yang Terbaik

Tips Penjagaan Air-Cond Kereta. Selain bahagian enjin kereta,  air-cond atau penyaman udara kereta anda perlu diperiksa dan diservis secara berkala. Sistem aircon kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut. 

Begitulah secara asasnya bagaimana air-cond kereta berfungsi. Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan aircon :-
Tips Penjagaan Air-Cond Kereta

1. Angin panas atau aircon tak sejuk - Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas aircon kita dengan melihat tingkap di atas penapis gas aircon (botol berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. 
Pasangkan aircon. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. 

Sekiranya kipas ini tidak bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu di tukar. Saya cadangkan dapatkan kipas terpakai daripada kedai potong kerana harganya lebih murah (lebih kurang RM100-RM150). Sekiranya kipas bergerak tetapi pergerakannya tidak laju, kipas itu perlu juga di tukar. Sekiranya kipas bergerak laju dan aircon masuh tidak sejuk, biar aircon terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircon. Sekiranya anda nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompressor ke cooling coil elok. Tapi aircon masih tak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di buka dan gas perlu dibuang dan saya cadangkan buat service aircon sekaligus.

2. Aircon tak cukup sejuk - Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircon diservice. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu aircon di kawal oleh satu suis yang meng 'on'kan dan meng'off'kan aircon kita secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircon lebih lama 'on'.

3. Suis air-cond tidak berfungsi - Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, aircon tak sejuk. Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'on' dan 'off' aircon tidak dapat berfungsi dengan baik atau injiap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya, injap atau suis aircon anda perlu di tukar.

4. Air menitik - Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara '3' di atas.

5. Angin aircon berbau busuk - ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin aircon kerta anda atau aircon anda telah terlalu lama tidak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.

6. Asap putih keluar - Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adalah seperti di '3'.

7. Corong keluar angin aircon berminyak - Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin aircon akan panas


Tips penjagaan air-cond kereta yang terbaik dan bijak
1. Gas aircond : Selalu cek kebocoran (dalam sebulan sekali) paip aircond dengan air sabun, supaya gas aircond tu kekal ditahap normal (cukup).

2. Compressor aircond : Semasa mula hidupkan injin kereta, pastikan dalam 2/3 minit baru 'on' kan aircond, dan tunggu dalam 2/3 minit pula baru teruskan pemanduan kereta,jika tidak ini boleh menyebabkan Compressor aircond mudah rosak. Selalu cek di bahagian belt aircond,pastikan tidak kendur/longgar, ini juga boleh menyebabkan Compressor aircond mudah rosak.


SUMBER

0 comment... add one now