Tamadun Awal Asia Tenggara - Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

Tamadun Awal Asia Tenggara - Sejarah Tingkatan 4 Bab 3. Berikut disertakan Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 yang bertajuk Tamadun Awal Asia Tenggara

1. SEJARAH TINGKATAN EMPAT BAB 3 - TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
2. BENTUK-BENTUK KERAJAAN AWAL
3. CIRI-CIRI UTAMA KERAJAAN AGRARIA

  • Masyarakatnya menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai.
  • Terbentuk di kawasan pertanian yang subur
  • Terbentuk di lembah sungai
  • Terdapat di kawasan pedalaman / di kawasan berbukit / di lereng gunung

4. KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT AGRARIA
  • Menanam padi sawah atau padi huma
  • Menanam tanaman sampingan
  • Menghasilkan pelbagai jenis rempah
  • Mengumpulkan hasil hutan
  • Mengambil sarang burung dari gua
  • Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai
  • Mendapatkan kulit kura-kura
  • Menternak binatang
  • Memasarkan hasil lebihan kepada masyarakat maritim
Tamadun Awal Asia Tenggara - Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

5. FAKTOR-FAKTOR KEMAJUANPERTANIAN KERAJAAN AGRARIA
  • Pembinaan sistem pengairan yang baik
  • Sistem pengairan yang bersumberkan sungai dan tasik
  • Sistem pengairan dibina / diuruskan oleh raja
  • Terletak di lembah sungai yang subur
  • Iklim panas dan lembap sepanjang tahun
6. KEPENTINGAN TASIK TONLE SAP KEPADA MASYARAKAT ANGKOR
  • Membekalkan sumber air minuman
  • Membekalkan sumber ikan air tawar
  • Punca untuk mengairi sawah
  • Mendapan lumpur menyuburkan kawasan sekitar
7. PELABUHAN YANG WUJUD PADA ZAMAN AWAL DI ASIA TENGGARA 
  • Pelabuhan pembekal 
  • Pelabuhan kerajaan 
  • Pelabuhan entreport
8. CIRI-CIRI PELABUHAN DI ASIA TENGGARA
Pelabuhan pembekal
  • Pelabuhan yang membekalkan hasil tempatan
  • Disinggahi pedagang yang mahu mendapatkan bekalan bahan tersebut
Pelabuhan kerajaan
  • Masih berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang
  • Wujud kerajaan di situPelabuhan entreport
  • Menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan besar
  • Membekalkan hasil tempatan kepada pedagang antarabangsa
  • Membeli barang dari pedagang antarabangsa
  • Mengedarkan barang dari luar kepada pelabuhan sekitarnya
Nota ringkas seterusnya sila rujuk slide di bawah ini :-

Tamadun Awal Asia Tenggara - Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

0 comment... add one now