Senarai Kursus Sepenuh Masa Di Institut Latihan Perindustrian (ILP)

Senarai Kursus Sepenuh Masa Di Institut Latihan Perindustrian (ILP). Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Berikut adalah serba sedikit informasi berkenaan ILJTM yang dipetik dari Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

Untuk makluman, ILJTM terdiri daripada dua puluh dua (23) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat (8) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). ILP menawarkan program peringkat Sijil & Sijil Lanjutan serta Diploma, sementara ADTEC dan JMTI menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.
ilp jtm
Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online) di Laman Web JTM (www.jtm.gov.my) bagi sesi kemasukan Januari dan di Laman Web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi (http://upu.mohe.gov.my/web/) bagi sesi kemasukan Januari atau Julai. Bagi permohonan melalui Laman Web UPU, pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM15.60 melalui kaunter BSN, ATM atau SMS Banking.

PROGRAM PENGAJIAN DI ILP

1. Sijil Teknologi (Lepasan SPM)
  • Teknologi Mekanik Industri
  • Teknologi Pemesinan Am
  • Teknologi Pemesinan CNC
  • Teknologi Pembuatan (Perkakasan)
  • Teknologi Foundri
  • Teknologi Kimpalan Arka dan Gas
  • Teknologi Fabrikasi Logam
  • Teknologi Pemasangan Paip Minyak & Gas
  • Teknologi Rekabentuk Produk Industri
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Kenderaan Perdagangan Berat
  • Teknologi Jaminan Kualiti
  • Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan)
  • Teknologi CADD Mekanikal (Minyak & Gas)
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  • Teknologi Instrumen Perindustrian
  • Teknologi Instrumen (Kawalan Proses)
  • Teknologi Elektronik Industri
  • Teknologi Telekomunikasi
  • Teknologi Mekatronik
  • Teknologi CADD Senibina
  • Teknologi Binaan (Bangunan)
  • Teknologi Binaan (Berasaskan Kayu)
  • Teknologi Binaan (Paip & Sanitari)
  • Teknologi Rekabentuk dan Pengeluaran Perabot
  • Teknologi Percetakan (Grafik)
  • Teknologi Percetakan (Pra-Cetak)
  • Teknologi Percetakan (Cetak)
  • Teknologi Plastik
  • Teknologi Seramik
  • Teknologi Komputer (Sistem)
  • Teknologi Komputer (Rangkaian)
  • Teknologi Perisian (Pengaturcaraan)
  • Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif)
2. Sijil Lanjutan (Lepasan Sijil Suruhajaya Tenaga (ST))
  • Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah (A0) - 2 tahun
  • Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah (A0) - 6 bulan
  • Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah (A4) - 6 bulan
  • Pendawai Elektrik 3 Fasa
  • Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah (A1) - 3 tahun
3. Diploma Teknologi Kejuruteraan (Lepasan SPM)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Binaan (Sivil & Struktur)
4. Diploma Teknologi (Lepasan SKM)
  • Diploma Teknologi Kejuruteaan Binaan (Sivil & Struktur)
  • Diploma Teknologi Automotif
  • Diploma Teknologi Komputer (Sistem)
  • Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian)
  • Diploma Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif)
  • Diploma Teknologi Perisian (Pengaturcaraan)
  • Diploma Teknologi Elektrik Kuasa
  • Diploma Teknologi Fabrikasi
  • Diploma Teknologi CADD Senibina
  • Diploma Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  • Diploma Teknologi Instrumentasi
  • Diploma Teknologi Elektronik
  • Diploma Teknologi Telekomunikasi
 5. Program Kolej Vokasional (KV) - Diploma Vokasional Malaysia (DVM) - Lepasan PMR
  • DVM Teknologi Seramik
  • DVM Teknologi Plastik
  • DVM Teknologi CADD Senibina
  • DVM Teknologi Pemasangan Paip Minyak & Gas
  • DVM Teknologi Mekatronik
  • DVM Teknologi Instrumen Perindustrian
  • DVM Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan)
  • DVM Teknologi Rekabentuk Produk Industri
  • DVM Teknologi Foundri
  • DVM Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Mould)
  • DVM Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die)
  • DVM Teknologi Pemesinan CNC
  • DVM Teknologi Fabrikasi Logam
  • DVM Teknologi Kenderaan Perdagangan Berat
  • DVM Teknologi Jaminan Kualiti
  • DVM Teknologi CADD Mekanikal (Minyak & Gas)
  • DVM Teknologi Komputer (Sistem)
  • DVM Teknologi Perisian (Pengaturcaraan)

Maklumat lanjut mengenai ILP dan kursus-kursus yang dijalankan, layari laman-laman web berikut:
  1. ILP Kuala Lumpur: www.ilpkl.gov.my
  2. ILP Perai: www.ilpperai.gov.my
  3. ILP Pasir Gudang: www.ilppg.gov.my
  4. ILP Kuala Terengganu: www.ilpkt.gov.my
  5. ILP Labuan: www.ilplabuan.gov.my
  6. ILP Ipoh: www.ilpipoh.gov.my
  7. ILP Kuantan: www.ilpkuantan.gov.my
  8. ILP Bukit Katil: www.ilpmelaka.gov.my
  9. ILP Jitra: www.ilpjitra.gov.my
  10. ILP Kota Bharu: www.ilpkb.gov.my
  11. ILP Ledang: www.ilpledang.gov.my
  12. ILP Pedas: www.ilppedas.gov.my
  13. ILP Kangar: www.ilpkangar.gov.my
  14. ILP Kota Samarahan: www.ilpks.gov.my
  15. ILP Kota Kinabalu: www.ilpkk.gov.my
  16. ILP Selandar: www.ilpselandar.gov.my
  17. ILP Kuala Langat: www.ilpkls.gov.my
  18. ILP Kepala Batas: www.ilpkbpp.gov.my
  19. ILP Nibong Tebal: www.ilpapnt.gov.my
  20. ILP Mersing: www.ilpmsg.gov.my
  21. ILP Sandakan: www.ilpsdk.gov.my
  22. ILP Miri: www.ilpmiri.gov.my
  23. ILP Marang: www.ilpmrg.gov.my

5 comments.. read them below or add one

Hayrul Nizam Hayrul Nizam January 26, 2016
Saya sudah ada skm tahap 3 dalam bidang fabrikasi tapi saya mau lanjutkan lagi pembelajaran saya. Ada yang boleh bagi suggest tak macam mana caranya
Unknown Unknown February 03, 2016
sambung di adtect then buat dlpv di ciast shah alam
Unknown Unknown May 21, 2016
Saya ada sijil SKM tahap 3 bidang hospitality industri.saya nak sambung study untuk dapatkan siji pengajar dalam bidang hospitality.
Muhammad Ariff Muhammad Ariff June 30, 2016
Saya lepasan Diploma Polimas. Saya ingin mengambil Penjaga Jentera A1, boleh kah saya mengambilnya atau perlu mengambil kursus lain terlebih dahulu ?
Apit Hafiz Apit Hafiz October 11, 2016
Saya skm tahap 3 fabrikasi logam ilp kangar..dekat mana ada tawaran untuk diploma kemahiran kursus saya..