Semakan Keputusan Egtukar Sesi Jun 2016 Online

Semakan Keputusan Egtukar Sesi Jun 2016 Secara Online. Pasti ramai guru yang tertunggu bilakah tarikh semakan permohonan pertukaran guru (egtukar) sesi Jun 2016? Permohonan egtukar online adalah melibatkan pertukaran guru antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah Sesi Jun 2016 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based). Berdasarkan kepada keputusan tahun 2015, semakan keputusan dijangka dapat dibuat pada minggu keempat Mei 2016 (Tarikh rasmi akan dikemaskini)

semakan egtukar online

Semakan Keputusan Egtukar Sesi Jun 2016 Online

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri dan Bahagian Sesi Jun 2016 akan diumumkan pada 30 Mei 2016 bermula 1000 pagi. Pada tahun 2015 ianya telah diumumkan pada jam 12.00 tengahari, 30 Mei 2015. Keputusan penempatan pertukaran guru yang telah lulus pula telah diumumkan pada 5 Jun 2015. Tarikh Kuatkuasa pertukaran guru yang diluluskan adalah pada 1 Jun 2016.
 
Pemohon yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan semakan semula dalam tempoh empat belas (14) hari selepas keputusan kelulusan pertukaran diumumkan. Pemohon boleh menghantar rayuan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) khidmat semasa atau PPD yang dimohon.


Sila layari untuk semakan http://epgo.moe.gov.my/

SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA PERTUKARAN YANG DILULUSKAN TIDAK BOLEH DIBATALKAN.

0 comment... add one now