Cara Semak Slip Daftar MUET 2016 Online Dan SMS. Anda ingin membuat semakan/ menyemak status slip daftar peperiksaan MUET sesi Mac, Julai dan November anda? Untuk makluman, slip daftar MUET adalah diperlukan dan perlu ditunjukkan kepada pengawas peperiksaan sebelum anda dibenarkan untuk memasuki/ menduduki peperiksaan.Calon perlu membuat semakan slip daftar secara online atau SMS dan perlu mencetak slip untuk dibawa ke dewan peperiksaan.
Jika maklumat calon tiada/ tidak terdapat dalam semakan MUET/D, sila hubungi terus Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar yang SEGERA. Bagi calon sekolah/institusi, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing.
Calon dikehendaki menyemak maklumat MUET/D bagi memastikan semua maklumat adalah betul. Sekiranya terdapat kesilapan maklumat, sila lengkapkan Borang Pindaan Maklumat Calon dan hantarkan ke MPM dengan kadar segera.
Permohonan yang dihantar dua minggu selepas MUET/D dikeluarkan akan dikenakan sebanyak RM25.00. Sila klik Borang Pindaan Maklumat Calon untuk mendapatkan borang permohonan.
Tarikh Semakan Slip Daftar Ujian MUET 2016 Online
Pengesahan butiran pendaftaran calon untuk menduduki MUET akan diberitahu kepada calon dalam Slip Daftar MUET (MUET/D) melalui portal MPM www.mpm.edu.my seperti tarikh berikut :-- MUET SESI MAC 2016 : Semakan bermula dari 22 Januari 2016
- MUET SESI JULAI 2016 : 17 Jun 2016
- MUET SESI NOVEMBER 2016 : 9 September 2016
Jika maklumat calon tiada/ tidak terdapat dalam semakan MUET/D, sila hubungi terus Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar yang SEGERA. Bagi calon sekolah/institusi, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing.
Semakan Slip Daftar MUET Sesi Mac 2016 Secara Online
- Untuk semakan melalui portal MPM, sila klik di SLIP DAFTAR
Semakan Slip Daftar MUET Melalui SMS
- Untuk semakan melalui Sistem Mesej Singkat (SMS), sila taip MUET [jarak] INFO [jarak] No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.