Sejarah Tingkatan 5 SPM Bab 1 - Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5 SPM Bab 1 - Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara. Berikut disertakan nota ringkas Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 untuk SPM sebagai panduan kepada pelajar semua. Moga bermanfaat.

BAB 1 – KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA


Definisi Imperialisme
Dasar sesebuah negarameluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.


Faktor-faktor Imperialisme
1. Keistimewaan Asia Tenggara
  • Kedudukan strategik kerana terletak antara China dan India.
  • Jaminan pasaran yang luas.
  • Tanah-tanih yang subur untuk pertanian.
  • Kaya dengan bahan mentah
nota sejarah spm
2. Revolusi perindustrian.
  • Kepesatan perindustrian membolehkan pengeluaran hasil perkilangan secara besar-besaran.
  • Bekalan bahan mentah konsisten dan kawasan pasaran baru diperlukan.
  • Asia tenggara menjadi sasaran kerana bahan mentahnya.


3. Pengangkutan dan Perhubungan
  • Kapal wap membolehkan muatan banyak dan mempecepat perjalanan.
  • Pembukaan terusan Suez (1869) memendekkan jarak perjalanan.
  • Telegraf memudahkan perhubungan.


4. Persaingan kuasa-kuasa barat
  • Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diterima.
  • Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan


5. Alasan Orang Barat
  • British & Belanda- Beban orang Putih
  • Perancis- Tugas menyebarkan Tamadun
  • Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah Jajahan.


PERUBAHAN POLITIK DI INDONESIA
  • Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan.
  • Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
  • Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesat tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.
  • Penubuhan Jabatan Pelajaran dan jabatan Pertanian.
  • Penubuhan Dewan Tempatan
  • Penubuhan Volskraad yg merupakan Majlis Rakyat.


PERUBAHAN POLITIK DI THAILAND
  • Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat barat untuk mengetuai pelbagai jabatan.
  • Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis – dari Britain.
  • Penasihat kastam – dari Amerika Syarikat.
  • Penasihat ketenteraan – dari Perancis
  • Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, majlis Mesyuarat tertinggi dan kabinet Menteri.
  • Majlis penasihat rendah dan majlis Mesyuarat Tertinggi menasihati raja.
  • Kabinet Menteri mengetuai kementerian.
  • Juruaudit – dari Britain


FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN NASIONALISME


1. Dasar Penjajahan Barat
  • Sistem tanaman paksa di Indonesia
  • Sistem Polo di Filipina
  • Penduduk tempatan dipaksa menjadi buruh bagi menjayakan aktiviti pertanian.
  • Penjajah barat hanya bergaul dengan golongan elit tempatan.
  • Dasar keterbukaan penjajah – kemasukan imigran dari luar telah menguasai ekonomi.


2. Pengaruh Agama
  • Gerakan islah di tanah melayu dan Indonesia – penyatuan dunia Islam menentang penjajahan.
  • Persatuan Belia Buddha di Burma.
  • Di Sepanyol penganut Kristian tempatan di anggap kelas kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol.


3. Karya Kesusasteraan
  • Jose Rizal- Novel Noli Me Tangere
  • Chairil Anuar- Kerikil-kerikil tajam & Ke Makam Bonda
  • Menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan.


4. Sistem Pendidikan
  • Di Indonesia anak golongan priyai diberikan pendidikan tersendiri
  • Di Burma pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh di perkenalkan.
  • Di tanah melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan.
  • Sikap pilih kasih dalam memberikan pendidikan menimbulkan rasa tidak puas hati.


5. Kemunculan golongan intelektual
  • Mereka berpeluang belajar di barat dan Asia barat.
  • Mereka menjadi pemimpin gerakan nasionalisme.
  • Peringkat awal – hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka di bela.
  • Peringkat akhir- meminta penjajah membebaskan negara mereka.


6. Pengaruh Media Massa
  • Vietnam- Tribune Indigine
  • Tanah Melayu – al-Ikhwan, Saudara dan majlis
  • Menyebarkan idea-idea nasionalis
  • Menanam perasaan anti penjajah.


7. Sistem pengangkutan dan perhubungan
  • Perkhidmatan telefon dan telegraf
  • Memudahkan hunungan kalangan nasionalis
  • Jalanraya dan jalan kereta api
  • Memudahkan pertemuan dan idea-idea nasionalisme.


8. Pengaruh Luar
  • Kejayaan jepun menewaskan Russia dan China.
  • Keupayaan negara kecil menewaskan negara lebih besar.
  • Perjuangan Mahatma Gandhi di India.
  • Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah secara mogok lapar.


PERKEMBANGAN NASIONALISME DI FILIPINA


Tahap Pertama
  • Dipimpin – Jose Rizal
  • Bersifar sederhana
  • Bergerak cergas dalam politik melalui gerakan dakyah semasa di Sepanyol
  • Berjuang melalui akhbar La Solidaridad & Novel Noli Me tangere & El Filibusterismo
  • Berjuang melalui liga Filipina pada tahun 1892.
  • Penyokong : golongan pertengahan yang berpendidikan barat.
  • Matlamat perjuangan :
  • Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah sepanyol.
  • Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan hak yg sama seperti bangsa Sepanyol.
  • Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
  • Tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas sepanyol.
  • Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pd 1892.
  • Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan Mindanao.
  • Jose Rizal akhirnya dihukum bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.


Tahap Kedua
  • Penentangan secara radikal
  • Pertubuhan Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio
  • Matlamat Katipunan
  • menyatukan bangsa Filipina
  • mencapai kemerdekaan melalui revolusi
  • Media cetak iaitu akhbar Kalayan
  • Katipunan melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal.
  • Katipunan semakin lemh selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo.
  • Aguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dengan bantuan Amerika Syarikat.
  • 1899 Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Amerika Syarikat.
  • Tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat.
  • Aguinaldo meneruskan gerakan revolusi.
  • Aguinaldo ditangkap.
  • Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan parti politik sederhana.
  • Parti nasional pimpinan Sergio Osmena menang dalam pilihanraya.
  • Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan.
  • 1930an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepda yang lebih liberal.


PERKEMBANGAN NASIONALISME DI IDONESIA


Tahap Pertama
  • Tumpuan isu pendidikan
  • Untuk ubah nasib penduduk Indonesia
  • Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita
  • Karyanya : Habis Gelap Terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan Belanda.
  • Pertubuhan penting : Muhammadiyah
  • Matlamat Muhammadiyah
  • Menyebar Islam sebenar
  • Menghindari ancaman sekularisme barat
  • Menghindari ancaman agama kristian
  • Membina sekolah, klinik & masjid


Tahap Kedua
  • Perjuangan Parti politik radikal.
  • Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PNI).
  • Matlamat : menuntut kemerdekaan secara kekerasan.
  • PNI pimpinan Soekarno paling popular.
  • Perjuangan beliau dapat mempengaruhi rakyat.
  • Kerajaan Belanda telah menangkap pemimpin radikal termasuk Soekarno.
  • PNI turut di haramkan.


PERKEMBANGAN NASIONALISME DI THAILAND


Tahap Pertama
  • Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja.
  • Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
  • Faktor: Pendidikan barat mendedahkan fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand.
  • Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak puas hati.
  • 1932 Parti rakyat ditubuhkan oleh Nai Pridi Panomyong & Field marshall Phibul Songram
  • Parti rakyat melancarkan revolusi Thai.
  • Sistem raja berkuasa mutlak tamat
  • Diganti dengan sistem raja berperlembagaan.


Tahap Kedua
  • Rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina.
  • Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.
  • Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan.
  • Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.
  • Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.
  • 1939 Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.
  • Hasil  daripada kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di Indocina dan di Tanah Melayu

Perkembangan Nasionalisme di IndoChina 

Tahap pertama

• Lebih tertumpu di Vietnam 

• Di pelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin.

• Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.

•    Golongan menengah berpendidikan Barat memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat.

•    Ketua gerakan ialah Phan boi Chau memimpin gerakan revolusi tetapi gagal.

•    Kemudian menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan pemberontakan di Tangkin dan gerakan dakyah di Vietnam.

•    Phan Boi Chau dipenjarakan dan VNQPH diharamkan oleh Perancis

Tahap Kedua

•    Gerakan lebih radikal kerana gagal mendapat kerjasama daripada Perancis.

•    Gerakan tahap memperlihatkan perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam (PKV ).

•    Perancis bertindak menangkap pemimpin -pemimpin VNQDD termasuklah membunuh Nguyen Thai Hoc..

•    Ho Chi Minh pemimpin PKV melarikan diri ke Hong Kong.

•    Sikap keras Perancis menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana di bawah pimpinan Maharaja Bao Dai.

•    Usaha-usaha pembaharuan Maharaja Bao Dai bukan sahaja di sekat, malah bagindan dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme

Perkembangan Nasionalisme di Burma


Tahap pertama

•    Memperlihatkan perjuangan golongan sami Buddha dan golongan elit bependidikan Barat .

•    Golongan sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.

•    Penubuhan ini bertujuan untuk:-

i)    mengekalkan tradisi Burma

ii)    memajukan pendidikan rakyat Burma.

•    Pertubuhan ini menggunakan isu kasut untuk membangkit semangat nasionalisme rakyat

•    Tahun 1916, Persatuan Belia Buddha dipimpin oleh nasionalis yang lebih radikal seperti U Ba Pe dengan menubuhkan Maljis Persatuan Am Kesatuan-Kesatuan Burma pada tahun 1920.

Tahap Kedua

•    Muncul apabila Laporan Montagu-Chelsfor menyatakan Burma belum bersedia untuk memerintah sendiri .

•    1920, tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan sebuah universiti untuk mereka.

•    Gerakan juga dilakukan oleh golongan sami Buddha melalui Majlis Am Songha Sametggi yang mencetuskan Pemberontakan Saya San yang diketui oleh Saya San iaitu bekas pongyi dan pemimpin di Tarawaddy.

•    Kemundian muncul Liga Anti Pemisahan yang menganggap pemisahan dengan India akan melewatkan kemerdekaan Burma.

•    Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberi peluang ke arah berkeajaan sendiiri.

•    Golongan Thakin( siswazah universiti ) menubuhkan Parti Dobama Asiayone untuk menuntut kemerdekaan.

•    Pemimpin terdiri daripada Aung San, Kyaw Nein dan U Nu mengelarkan diri mereka sebagai ”Tuan”.

•    Dr. Ba mau menang pilihanraya dan dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama.

i)    Cara kuasa Barat menangani gerakan nasionalisme radikal di Asia Tenggara
•    Menangkap pemimpin radikal seperti Soekarno di Indonesia dan Jose Rizal di Filipina.

•    Membuang negeri penentang seperti Jose Rizal

•    Dikenakan hukuman mati seperti Jose Rizal dan Emilio Aguilnaldo di Filipina

•    Mengharamkan parti-parti politik radikal seperti Parti Nasional

•    Indonesia di Indonesia dan Viet Nam Quang Phu Hoi(VNQPH) di Indochina

•    Membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana seperti tindakan Amerika di Filipina

•    Di penjarakan seperti Soekarno dipenjarakan oleh Belanda pada tahun 1929 -1931

 

0 comment... add one now