SAPS Ibu Bapa Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online

Semakan SAPS Ibu Bapa Online Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). SAPS Ibu bapa  atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun) dan ujian anak secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Keputusan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM walau bagaimanapun tidak boleh disemak di sistem SAPS.
SAPS Ibu Bapa

SAPS Ibu Bapa Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online

Sistem SAPS ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas ianya memudahkan para ibubapa untuk memantau prestasi pencapaian akademik anak masing-masing. SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dirangka untuk menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

Sistem ini berfungsi hanya di atas talian ( online ) dan direka bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah. Guru kelas memainkan peranan dengan mengakses sistem untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas yang diselianya. Guru mata pelajaran pula akan memasukkan markah-markah peperiksaan bagi setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas.

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
SAPS Semakan Ibu Bapa Sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 1 dan ke atas untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 dan ke atas.

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan SAPS:
SAPS Semakan ibu bapa
 Pergi ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.
  1. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
  2. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
  3. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawah
    saps
  4. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan sebagainya.
  5. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Nota Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2015

Terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan tahun 2015 seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Perubahan dalam julat gred ini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu :-
  • Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2015
  • Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2015
  • Julat Gred Menengah Atas (MA) 2015
Untuk maklumat lanjut sila layari Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2015

SUMBER - Panduan Malaysia


Semoga perkhidmatan Semakan SAP online ini dapat membantu ibu bapa dalam meningkatkan pencapaian akademik anak-anak mereka.

2 comments.. read them below or add one

Idea Terkini Idea Terkini May 29, 2016
Mudah buat ibu bapa kalau ada semakan keputusan peperiksaan secara online ni