Pengasingan Sisa Pepejal Di Rumah Bermula 1 September 2015

Pengasingan Sisa Pepejal Di Rumah Bermula 1 September 2015. Bagi penduduk yang belum mengetahul lagi adalah dimaklumkan yang Pengasingan Sisa Pepejal di Rumah akan berkuatkuasa mulai 1 September 2015. Oleh itu, bagi penduduk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang yang berada di bawah pengawasan Alam Flora bersama-samalah kita belajar dan memulakan pengasingan sampah mengikut kategori.

Kalau tak buat takpe ke?
Suka sangat kami dengan soalan tersebut. Mengikut SWCorp atau lebih dikenali sebagai Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation jika tidak membuat pengasingan sampah diperingkat sumber akan dikenakan denda. Denda akan dikenakan kepada isi rumah yang gagal membuat pengasingan sampah mengikut akta yang dikeluarkan oleh SWCorp.

Jadi bijak-bijaklah membuang sampah...

pengasingan sisa pepejal
Mengapa kita perlu mengasingkan sisa pepejal di rumah?
1. Adalah untuk mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula.
2. Mengurangkan jumlah sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan.
3. Mengurangkan peruntukan wang negara untuk proses pelupusan sisa pepejal.
4. Merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) jika tidak mengasingkan sisa.

Apa yang perlu diasingkan?

SISA BAKI
Sisa makanan, lampin pakai buang dan lain-lain (dimasukkan ke dalam tong)

BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA
Kertas, plastik, kaca, logam, sisa berbahaya, sisa elektronik, sisa pukal, sisa kebun/taman. (diletakkan di tepi tong sampah)

Kesemua ini untuk mencapai Negara Bersih, Indah dan Sejahtera.
Sama-samalah kita melaksanakannya... kalau nak negara kita bersih lah... kalau tak, kita duduk dalam sampah... Fikir-fikirkan...

1 comment... add one now

azwan azwan July 02, 2015
Baguslah kalau semua Rakyat Malaysia ada kesedaran nak mengasingkan sampah. Harap - harap pelaksanaan kutipan sampah mandatori ni tak menghadapai masalah. Mendidik lagi baik dari mendednda.