Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 - Peningkatan Tamadun

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 - Peningkatan Tamadun.
 

ASPEK PENINGKATAN TAMADUN 
Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran
 

(a) Apakah ciri-ciri sistem demokrasi yangdiperkenalkan di Athens,Yunani?
• Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis
• Warganegara lelaki dewasa berpeluang menjadi ahli Dewan Perhimpunan
• Tempoh menjadi ahli Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun
• Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali sebulan
• Ahli Dewan Perhimpunan mencadangkan dasar kerajaan
• Keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis
• Dewan Perhimpunan bertanggungjawab melantik ahli Majlis,Majistret dan Ju
 

(b) Berikan perbezaan penglibatan rakyat dalam pentadbiran antara sistem demokrasi yang diamalkan di Yunani dengan sistem demokrasi di Malaysia.
Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 - Peningkatan Tamadun
Di Yunani 
  • Berbentuk penyertaan langsung 
  • Warganegara lelaki terlibat dalam membentuk kerajaan 
  • Warganegara lelaki berpeluang menganggotai Dewan Perhimpunan Di Malaysia 
  • Berbentuk penyertaan tidak langsung 
  • Rakyat memilih wakil melalui pilihan raya 
  • Wakil ini yang menganggotai Dewan Rakyat
(c) Nyatakan amalan sistem republik dalam tamadun Rom
• Tiada pemerintah berkuasa mutlak
• Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul
• Konsul dilantik daripada kalangan ahli Dewan Senat
• Sebelum dilantik menjadi konsul seseorang itu mestilah seorang praeotor
• Konsul dibantu oleh Dewan Senat
• Dewan Senat membincangkan pentadbiran negara dan merangka perundangan
• Dewan Perhimpunan meluluskan keputusan yang dibuat oleh Dewan Senat

(d) Senaraikan ciri-ciri sistem birokrasi awam pada zaman Dinasti Chin di China

  • Pegawai pentadbiran awam dilantik oleh maharaja
  • Pegawai dilantik daripada kalangan rakyat
  • Perlantikan dijalankan oleh jawatankuasa perkhidmatan awam
  • Perlantikan pegawai berasaskan pencapaian dalam peperiksaan awam
Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 - Peningkatan Tamadun

0 comment... add one now