Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 - Pendudukan Jepun Di Negara Kita

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 - Pendudukan Jepun Di Negara Kita. Berikut disertakan Nota Ringkas Sejarah PT3 untuk Tingkatan 3 Bab 1 yang bertajuk Pendudukan Jepun Di Negara Kita. 
Pendudukan Jepun Di Negara Kita
BAB 1    :    PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
(1)   Faktor Jepun menjadi kuasa imperialis
1.     Maharaja Mikado Meiji – memodenkan Jepun 
2.    Pemulihan Meiji - tekankan pemodenan dan  perindustrian
3.    Negara Barat – dijadikan model
4.     China – ada bahan mentah dan berpotensi pasaran
5.    Jepun menang Perang Rusia-Jepun 1905
6.    Masalah ekonomi di Jepun
7.    Pertambahan penduduk Jepun
8.    Tanah pertanian  di Jepun berkurangan.
9.    Perlu bahan mentah spt petroleum, bijih timah dan getah.
10.  Perlu pasaran baru untuk  hasil perindustriannya.
11.  Tawan sebahagian China selepas Perang China-Jepun Kedua
12.  Amerika Syarikat adakan sekatan ekonomi terhadap Jepun kerana enggan berundur dari China
13.  Gol. tentera pimpinan Jeneral Tojo serang Asia Tengggara untuk bebaskan drp sekatan ekonomi.
14.  Slogan Pihak Jepun –
        i.      “Asia untuk Orang Asia”,
       ii.      “Semangat Asia”,
       iii.    “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
(2)   Kemaraan Jepun ke Tanah Melayu
1.    Mendarat serentak di Thailand (Singgora dan Pattani) dan di Pantai Sabak, Kota Bharu.
2.    Mara ke Jitra, Kedah.
3.    Tentera Jepun berpecah dua pasukan:
       i.  ke Pulau Pinang dan mara ke selatan melalui  
            pesisiran pantai
       ii. mengikut jalan darat menuju bandar-bandar
           utama di negeri-negeri pantai barat.
4   Mendarat Kota Bharu - mara ke selatan mengikut jalan barat di negeri-negeri pantai timur.
5.    Kemaraan ke Tanah Melayu melalui Pantai Barat;
i)    mendarat di Singgora dan Pattani mara ke Jitra.
ii)    Dari Alor Star ke selatan melalui bandar utama
iii)    Dari Pulau Pinang ke selatan melalui pesisiran pantai
iv)    menawan Kuala Lumpur
v)    menawan Singapura - TM jatuh ke tangan tentera Jepun.
6.    Kemaraan Jepun ke TM melalui Pantai Timur;
i)    mendarat di Kota Bharu.
ii)    “Kapal “Repulse” dan “Prince of Wales” ditenggelamkan  oleh tentera berani mati Jepun.
(3)    Kemaraan Jepun ke Sabah dan Sarawak
1.    Mendarat di Miri
2.    Berpecah kepada dua pasukan
       i) ke Kuching dan kemudian ke Sibu
      ii) ke Sabah melalui Labuan dan  ke Sandakan.
3.    Tiada tentangan sengit
(4)    Cara Kemaraan Tentera Jepun
1.    Kapal terbang perang
2.    Kereta kebal penggempur
3.    Kereta kebal yang kecil
4.    Penggunaan bot
5.    Penggunaan basikal - melalui jalan sempit - cepatkan perjalanan 



Untuk nota yang lebih lanjut, anda boleh rujuk di slide di bawah ini.


0 comment... add one now