Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua - Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2

Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua. Berikut disertakan nota ringkas Sejarah bagi Tingkatan 5 SPM Bab 2 bertajuk Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua.
 
Huraikan sebab-sebab penentangan penduduk tempatan terhadap British?
1. Dasar Penaklukan British

  • Dasar penaklukan British terhadap daerah mereka spt di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.
  • Dasar penaklukan British bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
  • Cth. apabila British mendapat Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.

2. Eksploitasi terhadap Ekonomi Tempatan.

  • Eksploitasi ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimetrai oleh mereka dengan pemimpin tempatan.
  • Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perdagangan dan perlombongan bijih timah.
Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua

3. Pelaksanaan Pentadbiran Barat terhadap  masyarakat tempatan.

  • British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah utk mendapatkan hasil yang maksimum.
  • Peraturan-peraturan ini sangat bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.
4. Campur Tangan British dalam Adat Resam Tempatan.

  • British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.
  • Cth. Di Perak, J.W.W. Birch campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu.
5. Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan Pengaruh.

  • Pemimpin tempatan juga kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap kawasan dan anak buah mereka apabila British menjajah.

Untuk nota lengkap seterusnya sila rujuk slide disertakan di bawah ini :-
Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua

1 comment... add one now

Adam Nukman Adam Nukman November 04, 2015
doakan saya semoga memperoleh 6a- 2c dalam spm 2015