Semak Saman Trafik, PDRM, JPJ Dan AES Online

Semak Saman Trafik, PDRM, JPJ Dan AES Online Terkini (Check Traffic Summon Online ).  Berikut disertakan beberapa cara yang biasa di lakukan oleh pengguna di Malaysia untuk membuat semakan saman Trafik, PDRM, JPJ dan AES secara online dengan mudah dan pantas :

1. Semak saman PDRM Melalui SMS

PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Cara semak saman melalui SMS :
Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No plat kenderaan] pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 32728 atau 15888.
  • Contoh:POLIS SAMAN 881111122111 atau
    POLIS SAMAN WWW1234

  • Untuk jawapan terperinci, sila taip mesej seperti berikut:
    POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]<jarak>[email] dan hantark ke 32728. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email yang disertakan.
    Contoh:POLIS SAMAN 881111122111 jengo88@yahoo.com
* Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap SMS yang di hantar dan 20 sen untuk setiap SMS yang diterima

Semoga perkongsian di atas dapat membantu para pembaca menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak, serta mengelak dari dimasukkan ke dalam senarai hitam JPJ atau PDRM.
Semak saman online

2. Semak Saman Online PDRM Melalui Portal Rasmi PDRM

1) Untuk yang sudah mendaftar - boleh login di sini
2) Untuk belum mendaftar sila daftar di sini

3. Semak Saman JPJ Online Melalui Portal Rasmi 

Sila klik link ini : Laman Web JPJ samada dengan menggunakan No Kad Pengenalan sahaja ataupun No Kad Pengenalan dan No Plat Kenderaan

4. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS:

1) Taip JPJ your IC Number and send to 37773
Contoh: jpj 123456734000 hantar ke 37773
2) Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan] pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.
  • Contoh:
    JPJ SAMAN 881111122111 atau
    JPJ SAMAN WWW1234

5. Semak Saman Trafik Polis (PDRM) – Semak Saman JPJ & Pembayaran Saman Melalui Online (Sistem MYeG)

Menggunakan kaedah ini lebih mudah untuk menyemak saman anda. Semua dalam satu halaman. Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah :

Anda boleh pergi ke > MyEG Services Berhad


Untuk Pengguna Berdaftar MyEG, anda boleh terus login dengan username dan password anda

Untuk Pengguna yang pertama kali, anda perlu daftar dahulu butir-butir diri anda sebelum anda boleh mula semak saman anda.


Tekan butang Daftar Sekarang (Register Now)


Borang akan keluar dan anda perlu isi segala butir-butir seperti yang di minta…

Kemudian anda boleh hantar

Setelah selesai anda boleh Log in menggunakan username dan password anda. Anda boleh pilih untuk Menyemak Saman yang mana satu samada semak saman JPJ atau semak saman trafik polis (PDRM)


Masukkan no plat kereta anda kemudian hantar. Serta merta saman akan keluar jika anda melakukan kesalahan. Anda boleh bayar menggunakan kad kredit. Jangan lupa print resitnya sekali sebagai bukti & simpanan.

5. Untuk Pengguna Smartphone Android

Boleh download applikasi semakan saman di SINI

6. Melalui rilek.com

Boleh check saman free at RILEK website. RILEK stands for Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan

Nasihat : Ikut sahaja peraturan yang telah ditetapkan di jalan raya. Jika tidak, anda kenalah buat langkah-langkah membayar saman seperti di atas.


kredit Panduan Malaysia

1 comment... add one now

Sani Sani December 27, 2015
Sekarang ni dah banyak tempat boleh check saman kan.. Semuanya di hujung jari.