Cara Buat Permohonan Rumah PR1MA Secara Online

Cara Buat Permohonan Rumah PR1MA Secara Online. Inilah peluang untuk anda memiliki rumah kediaman sendiri yang sesuai dengan pendapatan dan kemampuan anda. Sama ada bujang, yang berkeluarga atau perlukan lebih ruang untuk keluarga yang semakin membesar, kediaman PR1MA direka khas bagi menepati keperluan anda. Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000 - Sumber PR1MA
mohon rumah Pr1ma
Bagi mereka yang berminat untuk memohon rumah PR1MA, berikut adalah langkah-langkah penting yang perlu dibuat untuk pemohonon baru Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
Syarat Asas Kelayakan PR1MA
1. Warganegara Malaysia
2. Bujang atau Berkahwin dan berumur 21 tahun dan ke atas
3. Pendapatan Isi Rumah Individu atau keluarga (suami isteri) di antara RM2,500 hingga RM10,000 sebulan
4. Tidak memiliki lebih daripada satu hartanah samada anda atau pasangan anda
Langkah 1 - Daftar
Daftar akaun di www.pr1ma.my dan lengkapkan borang pendaftaran serta muat naik dokumen-dokumen sokongan.

Langkah 2 - Mohon
PR1MA akan memaklumkan para pendaftar bagi permohonan cabutan undi apabila pembangunan telah dilancarkan.

Permohonan perlu dilengkapkan kerana cabutan undi tidak secara automatik
  • PR1MA akan memaklumkan para pendaftar melalui e-mel dan SMS apabila terdapat pembangunan yang dibuka untuk permohonan kawasan pilihan anda
  • Log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda
  • Klik "Permohonan" untuk mendapatkan maklumat lanjut pembangunan yang dibuka untuk permohonan
Muat naik dokumen-dokumen sokongan:
  • Bekerja
    1. 3 bulan penyata bulan terkini
    2. Surat pengesahan majikan
    3. Penyata KWSP
  • Bekerja/perniagaan sendiri
    1. 3 bulan penyata bank bulan terkini
    2. Penyata LHDN terkini
  • Hantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan
  • Terima e-mel pengesahan permohonan
3. Langkah Pengundian
Keputusan cabutan undi akan diumumkan di www.pr1ma.my
Pemohon yang berjaya diundi akan dihubungi melalui e-mel
Setelah selesai proses pengesahan, pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan e-mel untuk pemilihan unit kediaman anda



0 comment... add one now