Botak Dan Rambut Gugur Di Usia Muda Dan Cara Mengatasi

Botak Dan Rambut Gugur Di Usia Muda Dan Cara Mengatasi. Botak dan usia meningkat tua tidak dapat dipisahkan. Kebiasaannya penuaan selalu dikaitkan dengan masalah kulit wajah sehingga terlupa bahawa rambut juga mengalami masalah penuaan apabila uban dan keguguran rambut yang menyebabkan masalah botak menjadi petanda. Namun begitu ramai yang beranggapan bahawa masalah rambut serius seperti botak hanya dialami oleh mereka yang meningkat usia, sedangkan pada hakikatnya golongan muda juga tidak terlepas daripada mengalami masalah ini.

Masalah keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal, tetapi jika berlebihan maka ia perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lebih serius. Masalah rambut gugur sememangnya menjejaskan penampilan diri. Bukan sahaja wanita, masalah itu turut menghantui kaum lelaki. Percaya atau tidak, lebih 10 juta penduduk dunia mengalami masalah keguguran rambut. Sebab itu rawatan masalah botak menjadi umpama industri yang berkembang pesat.

rambut botak
Banyak mitos sering dikaitkan dengan masalah keguguran rambut misalnya disebabkan kerap membasuh rambut, menyikat rambut, mewarna rambut, banyak berfikir dan sebagainya, sedangkan ia tidak berkaitan dengan masalah itu.

Antara punca sebenar berlakunya masalah botak ialah genetik. Ia boleh diwarisi daripada kedua ibu bapa atau boleh berlaku atas tindak balas hormon dalam badan.

Selain itu, kesihatan rambut turut dipengaruhi oleh pengambilan ubat-ubatan dan bahan kimia. Pengambilan zat seperti kalsium dan zink boleh menyihatkan rambut. Walau bagaimanapun, jika mengambil terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

Serangan autoimmune, jangkitan mikro organisma dan penyakit kulit juga menjadi punca kepada masalah rambut yang serius.

Oleh itu, pencegahan awal perlu dilakukan lebih-lebih lagi oleh si jejaka yang mempunyai peratusan lebih tinggi berbanding wanita dalam masalah keguguran rambut.

Untuk mengatasi masalah ini, langkah pencegahan seperti pengambilan nutrien secara seimbang amat digalakkan. Ini bukan sahaja dapat membantu kesihatan rambut, malah kesihatan tubuh badan juga turut terjaga.

Apa yang paling penting, kebersihan kulit dan rambut perlu diberikan perhatian demi menjauhi masalah botak. Melindungi rambut daripada sinaran ultra lembayung juga antara cara terbaik untuk mengelakkan rambut gugur. Utusan Online.


Cara Mengatasi Botak Atau Rambut Gugur Menggunakan Teknologi
Selain pusat rawatan dan lambakan produk untuk rambut sihat, teknologi turut menawarkan kaedah terkini bagi mengatasi masalah keguguran rambut. Apatah lagi perkembangan rawatan menggunakan laser yang begitu pesat tidak mengetepikan ciptaan untuk merangsang pertumbuhan rambut di kalangan individu bermasalah.

iGrow antara teknologi laser terkini yang hampir setahun berada di pasaran dan mendapat sambutan orang ramai yang mahukan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Menggunakan terapi cahaya tahap rendah (LLLT), teknologi dari Amerika Syarikat (AS) itu terbukti berupaya merangsang pertumbuhan rambut sekali gus mengatasi masalah botak.

Menariknya tentang peralatan seakan topi keledar itu adalah ia mudah digunakan serta boleh dibawa ke mana-mana. Ini bermakna anda tidak perlu mengunjungi salon rambut untuk menjalani rawatan sebaliknya dengan iGrow, rawatan boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Hanya dengan pasangkan iGrow di kepala, hidupkan suis, LLLT kemerahan akan melakukan kerja-kerja merawat kulit kepala. Dengan gelombang sekitar 655 ke 670 nanometer, kaji selidik mendapati aktiviti selular di dalam folikel meningkat.

Terapi LLL menyebabkan sel-sel dalam folikel aktif dan saling merangsang untuk membolehkan rambut tumbuh seperti biasa.

Menarik tentang iGrow, rawatan bersesuaian dengan gaya hidup masa kini. Tiga sesi rawatan seminggu (selang sehari) selama tiga bulan menjanjikan masalah keguguran rambut tidak lagi menghantui anda. Bagi mereka yang tidak bermasalah, iGrow boleh digunakan seminggu sekali untuk memastikan kulit kepala, folikel rambut sihat.

Harga di pasaran antara RM2,500 dan RM3,000. Dibandingkan dengan rawatan di salon, tentunya iGrow lebih memuaskan kerana jangka hayatnya yang lama selain boleh digunakan seisi keluarga. Untuk keterangan lanjut hubungi Timeless di 03-78808486 dan 017-2661868 atau kunjungi klinik-klinik estetik. iGrow dibawa oleh NeoAsia (M) Sdn. Bhd.

0 comment... add one now