Amalan Terbaik Selepas Bangun Dari Tidur

Amalan Terbaik Apabila Bangun Dari Tidur. Beberapa amalan yang seharusnya kita jadikan amalan apabila bangun dari tidur adalah seperti berikut:

1- Menyapu muka

Perbuatan ini memang menjadi amalan Rasulullah SAW tatkala bagun pagi berdasarkan satu hadith yang bermaksud:
“Rasulullah bangun tidur, kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya.”(Riwayat Muslim)

2- Berdoa

doa bangun tidur
Doa Bangun Tidur
Salah satu sebab kenapa kita perlu berdoa sebaik sahaja bangun dari tidur adalah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT.

3- Bersugi (Memberus Gigi)

Setelah berdoa dan menyapu muka, bolehlah kita bersugi atau menggosok gigi. Hal ini boleh dirujuk dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila Rasulullah s.a.w bangun daripada tidur, baginda akan membersihkan mulutnya dengan bersugi.” (Muttafaq ‘alaih)

4- Membasuh kedua-dua belah tangan

Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya membasuh kedua-dua belah tangan di waktu pagi kerana semasa tidur, kita tidak tahu ke mana tangan kita bergerak. Perkara ini dinyatakan dalam sebuah hadith yang bermaksud:

“Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu tiga kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan ke dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur.”(Mutaffaq ‘alaih) –

5- Beristinthar

Perkataan Beristinthar bermaksud perbuatan memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskan kembali .

Rasulullah SAW menyuruh kita beristinthar di waktu pagi kerana syaitan suka bermalam di batang hidung. Boleh rujuk maksud hadith di bawah ini.

Rasulullah S A W bersabda yang bermaksud : “apabila seorang antara kalian bangun tidur, maka berwuduklah dan kemudian beristintharlah sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di batang hidungnya.” (Riwayat al-Bukhari)


Sumber - FB Brunei Islam

0 comment... add one now