Senarai Pasukan Layak Ke Separuh Akhir Piala FA 2015

Senarai Pasukan Layak Ke Separuh Akhir Piala FA 2015. Piala FA Malaysia 2015 merupakan edisi kali ke 26 ianya dianjurkan di mana Pahang adalah  juara bertahan dan Felda United sebagai Naib Juara. Sebanyak 34 pasukan menyertai Piala FA 2015 dengan Pusingan pertama hingga ketiga perlawanan diadakan secara kalah mati. Bermula pusingan Suku Akhir, pasukan akan bertarung dalam dua perlawanan secara timbal balik.

Piala FA 2015 kini memasuki peringkat Suku Akhir kedua minggu ini dan dua pasukan setakat hari ini telah layak ke Separuh Akhir Piala FA 2015. Kelantan dan Terengganu mara selepas menang ke atas Sime Darby FC dan Perak pada perlawanan pada 21 April 2015. Malam ini 2 lagi perlawanan suku akhir akan berlangsung iaitu perlawanan di antara JDT II lawan LIONS XII serta Pahang lawan Pulau Pinang.
Piala FA 2015

Berikut adalah senarai pasukan yang telah layak ke Peringkat Separuh Akhir Piala FA Malaysia 2015 :-
1) Kelantan
2) Terengganu
3) Lions XII
4 ) Pahang

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2015
Pahang Vs Kelantan
Terengganu Vs Lions XII 

Nampaknya pasukan Pantai Timur berpeluang untuk mendominasi Piala FA tahun ini sekali lagi....Tahniah kepada yang berjaya.

0 comment... add one now