Permohonan Pengajian Untuk Pelajar Terlibat Dalam Evakuasi Yemen 2015

Dipetik dari Portal Rasmi KPM, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membantu pelajar-pelajar Malaysia yang terlibat dalam evakuasi Yemen dan berminat untuk menyambung pengajian dengan cara berikut:
  • Pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke IPTS dalam negara
  • Pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke negara Mesir
  • Pelajar-pelajar di bawah umur iaitu di bawah 17 tahun boleh memohon untuk memasuki sekolah kerajaan seperti sekolah harian, sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah menengah kebangsaan agama dengan terus menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Pelajar Evakuasi Yemen 2015
Pelajar yang berminat boleh melayari portal KPM di laman sesawang berikut: Applikasi Permohonan http://yemencrisis.moe.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut. Permohonan akan dibuka pada 01 Mei 2015 hingga  15 Mei 2015 jam 5.00 petang.

Untuk makluman, KPM tidak menaja pelajar untuk menyambung pengajian di dalam atau luar negara. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6627/6226.

0 comment... add one now