Permohonan eHLPS KPM 2015 Online

Permohonan eHLPS KPM 2015 Online. Dipetik dari makluman rasmi KPM, memaklumkan yang permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/ Sambilan (HLPS) Tahun 2015, Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Sarjana dan Kedoktoran boleh dibuat mulai 16 April 2015 hingga 08 Mei 2015. Program Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) merupakan satu program yang ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara secara Separuh Masa.

Pegawai yang mengikuti program ini tidak bercuti belajar dan masih menjalankan tugas di sekolah/jabatan/bahagian/kementerian seperti biasa. Pegawai layak untuk menerima Yuran Pengajian, Elaun Buku serta Elaun Tesis.

hlps kpm
Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

Tatacara Dan Panduan Permohonan HLPS
Semua pemohon diminta membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi tatacara/panduan permohonan yang telah ditetapkan. - KLIK PANDUAN HLPS

Borang Permohonan Online - Klik http://apps5.moe.gov.my/ehlps/mohon.cfm

Tarikh tutup permohonan : 08 Mei 2015


0 comment... add one now