Panduan Elak Jadi Mangsa Phishing Curi Wang Di Internet

Panduan Elak Jadi Mangsa Phishing Curi Wang Di Internet. Berikut di kongsikan panduan yang sangat berguna di zaman teknogi pada masa kini yang dipetik dari FB Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police. Phishing (sebutan "Fishing") adalah kaedah jenayah yang digunakan untuk mencuri wang dan identiti mangsa. Untuk menarik perhatian mangsa, pengendali penipuan phishing akan menggunakan emel dan laman web palsu yang kelihatan seperti laman web sebenar institusi perbankan, syarikat kad kredit atau laman beli-belah e-dagang yang dipercayai. 

Antara contoh penipuan phishing termasuklah:

1) Mesej emel palsu daripada syarikat yang pernah berurusan dengan anda, meminta pengesahan akaun atau akaun anda akan digantung.

2) Badan kebajikan palsu meminta sumbangan.

3) Urus niaga online palsu.

phishing curi duit di internet
Bagaimana untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan phishing. Cyber Crime Alert!!!
1) Amalkan membuat pengesahan menggunakan telefon sebelum transaksi dilakukan.

2) Jangan membalas mesej emel yang meminta maklumat peribadi anda.

3) Jangan klik pautan di dalam emel yang mencurigakan.

4) Gunakan kata laluan yang sukar diteka dan tukar kata laluan ini dari semasa ke semasa.

5) Hanya berurusan dengan syarikat yang anda kenali dan percayai.

6) Pastikan laman web tersebut menggunakan encryption.

7) Ambil langkah yang perlu untuk melindungi komputer peribadi anda.

8) Sentiasa menyemak transaksi yang telah dilakukan.


Semoga bermanfaat

0 comment... add one now