Panduan Bermain Game Clash Of Clans (COC)

Panduan Bermain Game Clash Of Clans (COC). Ramai yang meminati dan bermain game Clash of Clans yang kini popular seluruh dunia. Clash of Clans adalah permainan 'freemium' video game berunsur strategi  yang dibangunkan oleh syarikat Supercell, yang berpengkalan di Helsinki, Finland. Clash of Clans adalah game strategi yang boeh dimainkan di platform iPhone / iPod / Android. Dalam permainan COC ini, pemain dikehebdaki untuk membangunkan dan memperluas komuniti mereka dan bertahan dari serangan komuniti lain.

Game yang boleh dimainkan secara individu dan kelompok ini memang memiliki keunikan tersendiri. Pemain game Clash of Clans juga boleh bergabung dengan clans lain untuk menyerang komuniti lain yang tergabung dalam clans lain.

Permainan ini bermula di platform iOS pada 2 Ogos 2012 dan kemudiannya kepada pengguna Android di Kanada dan Finland pada 30 September 2013. Pada 7 Oktober 2013, permainan ini boleh dimainkan dan dimuat turun oleh semua di Google Play.

clash of clans

CARA BERMAIN CLASH OF CLANS
Clash of Clans adalah sebuah game multiplayer online di mana pemain membangunkan komuniti, melatih pasukan dan menyerang pemain lain untuk mendapatkan emas dan Elixir, yang dapat digunakan untuk membangun pertahanan untuk melindungi pemain dari serangan pemain lain serta melatih dan menaik taraf pasukan. 

Jenis-Jenis "Troops' Pasukan
Troops boleh dibahagikan kepada  Tier 1, Tier 2, Tier 3, Pasukan Dark Elixir, dan Heroes.

  • Tier # 1 - Terdiri dari barbar, Pemanah, dan Goblins.
  • Tier # 2 - Terdiri dari Giants, Wall Breakers (kerangka yang membawa bom), Balon (Wall Breakers dalam belon udara panas yang menjatuhkan bom-bom), dan Wizards.
  •  Tier # 3 - Terdiri dari Dragons, Penyembuh, dan PEKKAs 
  •  Pasukan Dark Elixir - Terdiri dari Minion (yang menyerupai imp terbang), Hog Riders, Valkyrie, Golem, Witches, dan Lava Hounds.
  • Heroes - Terdiri dari Raja Barbarian dan Ratu Archer. Pahlawan yang abadi dan hanya dilatih sekali. Mereka dipanggil oleh altar bukannya dilatih di barak seperti tentara lainnya.

Jenis- Jenis Bangunan
Untuk mendapatkan dan menyimpan emas dan eliksir, pemain harus membangunkan gold mines dan tempat menyimpan emas dan kolektor Elixir dan penyimpanan Elixir, masing-masing. Elixir digunakan untuk melatih pasukan baru, melakukan penelitian di laboratorium untuk menaik taraf pasukan serta untuk membangun dan menaik taraf bangunan tertentu, sebahagian besar berkaitan dengan bangunan yang digunakan dalam menyerang pemain lain. Emas digunakan untuk membangun bangunan pertahanan dan untuk menaik taraf balai kota, yang memungkinkan akses ke lebih bangunan dan tingkat yang lebih tinggi untuk bangunan yang ada. 


Ada sejumlah bangunan yang tersedia untuk pemain untuk mempertahankan komuniti mereka, termasuk meriam, mortar, bom, perangkap, menara pemanah, dan menara penyihir. Pemain juga dapat membangunkan pagar, yang dapat ditingkatkan seiring dengan peningkatan level. 


Peperangan Klan
Komponen utama dari gameplay dari Clash of Clans adalah Pertempuran clan melawan clan lain. Pemimpin clan dan co-pemimpin boleh memulakan perang melawan clan lain. Setiap clan kemudian diberi satu "hari persiapan" dan satu "hari perang." Ketika seorang pemain menyerang anggota dari clan lawan, mereka menerima bintang berdasarkan jumlah kerosakan terhadap musuh. Setiap pemain terbatas pada dua serangan untuk sekali perang, dan paling banyak bintang di akhir hari perang akan diumumkan sebagai pemenang.


Gems
Selain emas dan elixir, permainan juga menggunakan gems sebagai mata wang. Gems diberikan jika seorang mencapai peringkat tertentu, menlengkapkan pencapaian dan diberikan ketika melalui rintangan tertentu semasa berada di kompound anda. Namun, cara utama untuk memperoleh permata adalah melalui pembelian dalam aplikasi dengan menggunakan wang dunia nyata. Gems dapat digunakan untuk mempercepatkan setiap aspek dari permainan, dari waktu pembinaan.  Gemsjuga dapat digunakan untuk membeli lebih banyak sumber daya dan pembangunan.

SUMBER

0 comment... add one now