Ketua Polis Johor Yang Baru Dato' Wan Ahmad Najmuddin

Ketua Polis Johor Yang Baru Datuk Rusli Ahmad. Tahniah diucapkan kepada Datuk Rusli Ahmad, 58, yang hari ini mengambil alih tugas sebagai Ketua Polis Johor yang baru menggantikan Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff. Beliau yang sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman menggantikan Mohd Mokhtar yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman pada 21 April 2015 yang lalu. Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, sebentar tadi dengan disaksikan Pengarah JPJKK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Pengerusi Perkep Kontinjen Johor, Datin Seri Bibi Zakiah turut menyerahkan jawatan kepada penggantinya, Datin Zaitun Mohd Isa.

Ketua Polis Johor Yang Baru Datuk Rusli Ahmad
Kira-kira jam 10 pagi tadi, majlis tabik hormat terakhir diadakan sebelum Mokhtar Sharif berkhidmat tujuh tahun sebagai Ketua Polis Johor meninggalkan IPK Johor.

Dalam ucapannya, Mokhtar mengingatkan anggotanya berkhidmat kepada masyarakat - myMetro & BH online


Berita terkini

Johor Bahru, 03 November 2015 - Satu Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Johor di antara YDH Dato’ Rusli Bin Ahmad kepada YDH Dato’ Ramli Bin Hassan telah diadakan di Dewan Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. Majlis tersebut telah disaksikan oleh YDH Datuk Seri Mohmad Bin Salleh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.


Terkini dari makluman Media PDRM 26 November 2015

Dato' Wan Ahmad Najmuddin
Pertukaran Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang diumumkan dalam siaran media pada 26 November 2015 dan pertukaran berkuatkuasa 23 November 2015. 

1 Disember 2015 : Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Dato' Wan Ahmad Najmuddin Mohd dilantik sebagai Ketua Polis Johor yang baharu, berkuat kuasa hari ini.


Dato' Wan Ahmad Najmuddin, 57, mengambil alih tugas berkenaan daripada Ketua Cawangan Khas Kontinjen Johor, Dato' Ramli Hassan yang memangku jawatan Ketua Polis Johor sejak 3 Nov lepas.


PANGKAT/ NAMADARIPADABERTUKAR KE
1DCP DATO' WAN AHMAD NAJMUDDIN BIN MOHDTIMBALAN PENGARAH (PERANCANGAN STRATEGIK), JPJKK, BUKIT AMANKETUA POLIS NEGERI JOHOR (DENGAN MEMANGKU PANGKAT CP)

0 comment... add one now