Kemaskini Permohonan UPU 2016 Online

Kemaskini Permohonan UPU Ke IPTA Dan Permohonan Fasa Kedua 2016 Online. Dipetik dari FB Rasmi BPKP, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM, berikut dikongsikan cara membuat kemaskini permohonan UPU online dan pengemaskinian maklumat permohonan fasa 2 UPU online. Untuk makluman, tiada had pengemaskinian untuk permohonan UPU online sehingga tarikh tutup permohonan pada 5 April 2016 manakala permohonan FASA 2 hanyalah untuk pemohon lepasan STPM 2015 yang akan mengambil peperiksaan ULANGAN PENGGAL 3 (U3)/MATRIKULASI & ASASI TAHUN 2015 sahaja sengan syarat pemohon telah mengemukakan permohonan awal pada 18 JANUARI 2016 hingga 5 APRIL 2016.
upu 2015

Kemaskini Permohonan UPU Online

Berikut dikongsikan cara membuat kemaskini permohonan UPU online :-
Untuk makluman, tiada had pengemaskinian permohonan UPU online sehingga tarikh tutup permohonan pada 5 April 2016.

Cara Kemaskini

  1. Buka Portal UPU di http://upu.mohe.gov.my/web/
  2. Klik pada Permohonan Kemasukan
  3. Log Masuk seperti biasa
  4. Kemaskini pada ruangan yang dikehendaki
  5. Klik SAH dan HANTAR

Permohonan Fasa Kedua UPU 2016 Online

Permohonan Fasa kedua adalah melibatkan lepasan STPM 2015 yang akan mengambil peperiksaan ULANGAN PENGGAL 3 (U3)/ MATRIKULASI & ASASI TAHUN 2015 sahaja sengan syarat pemohon telah mengemukakan permohonan awal pada 18 JANUARI 2016 hingga 5 APRIL 2016.

Fasa Kedua Lepasan STPM (U3)

  • Tarikh Buka : 3 Mei 2016
  • Tarikh Tutup : 6 Mei 2016

Fasa Kedua Matrikulasi/ Asasi 2015

  • Tarikh Buka : 9 Jun 2016
  • Tarikh Tutup : 17 Jun 2016

Applikasi Permohonan

Permohonan fasa kedua UPU 2016 Online


Cara Hubungi

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi UPU di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang.

Anda juga boleh melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/

Jom ikuti UPU di ;
INSTAGRAM @kemasukanbpkp
TWITTER @twt_upu

Selamat memohon buat pelajar lepasan SPM dan STPM. setaraf dan semoga berjaya dalam permohonan UPU anda.


0 comment... add one now