Cara Buat Permohonan Program Matrikulasi KPM Online

Cara Memohon Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Online. Permohonan   bagi   sesi 2015/2016 hanya   boleh   dibuat menggunakan  PMI (permohonan  melalui  internet)  dengan membuat    bayaran    di    Bank    Simpanan    Nasional(BSN) sebanyak RM6.00. Tarikh tutup permohonan Matrikulasi adalah pada 10 Oktober pada setiap tahun. Program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM (90% Bumiputera) untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti.

Program pra-universiti ini sebelum ini dikendalikan sendiri oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sejak lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambilalih dan menyatukan program matrikulasi bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut.

matrikulasi malaysia

PROGRAM MATRIKULASI YANG DITAWARKAN

Program   Matrikulasi   Satu   Tahun   (PST)
  • Dua   (2) semester.  Jurusan  Sains,  Perakaunan  bagi  pelajar
  • Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Program  Matrikulasi  Dua  Tahun  (PDT)
  • Empat  (4) semester.   
  •  Jurusan   Sains   bagi   pelajar   Bumiputera sahaja.
Jurusan/aliran     yang     ditawarkan     oleh     Program Matrikulasi,KPM adalah seperti berikut :-
a. Jurusan Sains
i. Modul I
ii. Modul II
iii. Modul III
b. Jurusan Perakaunan
c.  Aliran Teknikal

Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan meritokrasi. Pengiraan merit mengambil kira 90% Akademik dan 10% kokurikulum

Program Matrikulasi dijalankan di lima belas(15) buah kolej matrikulasi KPM dan dua
(2) buah kolej Mara seperti berikut:

  • Kolej Matrikulasi Melaka, Londang.
  • Kolej Matrikulasi N. Sembilan, Kuala Pilah.
  • Kolej Matrikulasi P. Pinang, Kepala Batas.
  • Kolej Matrikulasi Perlis, Arau.
  • Kolej Matrikulasi Labuan, Merinding.
  • Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.
  • Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng.
  • Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun.
  • Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang.
  • Kolej Matrikulasi Selangor,Banting.
  • Kolej Matrikulasi Kelantan, Pasir Putih.
  • Kolej Matrikulasi Sarawak, Kuching.
  • Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah,Pendang
  • Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Jengka
  • Kolej Matrikulasi Teknikal Johor,Pontian
  • Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang.
  • Kolej MARA Kulim, Kulim
Setelah tamat pengajian, pelajar  boleh  menyambung  pengajian  di  mana-mana  IPTA dalam dan luar negara berdasarkan kelulusan (PNGK - Purata Nilai Gred Kumulatif) yang diperolehi.

0 comment... add one now