Semakan Keputusan SPMU 2017 Online Dan SMS

Cara Semak Keputusan SPM Ulangan 2017 Online Dan SMS. Berita baik buat calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU). Menerusi makluman Portal Rasmi KPM, keputusan SPMU 2017 akan diumumkan pada hari Khamis, 24 Ogos 2017. Semakan keputusan SPM 2017 boleh dibuat melalui kaedah semakan secara SMS. Link semakan secara online akan dikongsikan jika ada.

Seramai 12,589 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Ulangan di 22 pusat peperiksaan di seluruh negara. Ringkasan keputusan boleh disemak bermula dari jam 10:00 pagi 24 Ogos sehingga 30 Ogos 2017. Mata pelajaran yang ditawarkan pada peperiksaan SPMU adalah Sejarah, Bahasa Melayu dan Matematik.


Semakan SPM Ulangan 2017 Online Dan SMS

Semakan Keputusan SPM Ulangan (SPMU) 2017 Online Dan SMS

Untuk makluman, pelajar telah menduduki peperiksaan SPMU 2017 pada Jun yang lepas. Berikut dikongsikan cara-cara membuat Semakan keputusan SPMU 2017 melalui semakan secara SMS :-
  • Taipkan: SPMU<jarak>No Kad Pengenalan<Jarak>AngkaGiliran dan hantarkan SMS ke 15888
  • Contoh: SPMU 950101140001 WY198A123 Hantarkan SMS ke 15888
Slip keputusan pelajar SPMU atau Transkript Result akan diposkan ke alamat calon setelah keputusan SPMU diumumkan atau dengan cara lain, calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar peperiksaan SPMU untuk mendapatkannya.

Kepada calon SPMU 2017, tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM Ulangan 2017 kali ini.

SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Online

Semakan SAPS Ibu Bapa 2017 Online Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). SAPS Ibu bapa  atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun) dan ujian anak secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Keputusan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM walau bagaimanapun tidak boleh disemak di sistem SAPS.


SAPS Ibu Bapa

SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online

Sistem SAPS ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas ianya memudahkan para ibubapa untuk memantau prestasi pencapaian akademik anak masing-masing. SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dirangka untuk menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

Sistem ini berfungsi hanya di atas talian ( online ) dan direka bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah. Guru kelas memainkan peranan dengan mengakses sistem untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas yang diselianya. Guru mata pelajaran pula akan memasukkan markah-markah peperiksaan bagi setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas.

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
SAPS Semakan Ibu Bapa Sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 1 dan ke atas untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 dan ke atas.

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan SAPS:
SAPS Semakan ibu bapa
 Pergi ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.
  1. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
  2. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
  3. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawah
    saps
  4. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan sebagainya.
  5. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Nota Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2015

Terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan tahun 2015 seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Perubahan dalam julat gred ini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu :-
  • Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2015
  • Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2015
  • Julat Gred Menengah Atas (MA) 2015
Untuk maklumat lanjut sila layari Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2015

SUMBER - Panduan Malaysia


Semoga perkhidmatan Semakan SAP online ini dapat membantu ibu bapa dalam meningkatkan pencapaian akademik anak-anak mereka.

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Ogos 2017

Tarikh Dan Lokasi Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Bulan Ogos 2017. Berikut dikongsikan jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) untuk bulan 8 atau Ogos 2017 seperti dikongsikan dari FB UAI Original. Kepada mereka yang berminat dengan ceramah UAI yang umum sedia maklum penuh dengan informasi menarik semasa, bolehlah merujuk kepada jadual kuliah di bawah ini sebagai panduan.

Jadual Kuliah/ Ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Ogos 2017

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) untuk bulan Ogos 2017 yang mengandungi informasi tarikh kuliah, masa dan lokasi. Seperti kebiasaanya, lokasi kuliah UAI bulan 8/ 2017 majoritinya akan diadakan di Terengganu dengan beberapa siri kuliah akan diadakan di Kelantan, Pahang, Kelantan, Selangor, KL dan Melaka.

Ogos 2017

Jadual Kuliah UAI bulan Ogos 2017


Bulan Mei 2017

Jadual Kuliah UAI) Mei 2017


April 2017

tarikh dan lokasi kuliah uai april 2017


Bagi mereka yang berminat dan tinggal berdekatan dengan lokasi kuliah, jangan lepaskan peluang keemasan untuk menghadiri majlis yang penuh dengan ilmu ini.   

Semakan Keputusan UPU 2017 Online

Semakan Keputusan Tawaran UPU Ke IPTA Sesi 2017/ 2018 Online. Calon-calon lepasan SPM, Diploma, Matrikulasi, STPM dan setaraf yang telah mengemukakan permohonan UPU 2017 online ke IPTA, Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti, CIAST dan ILKA sesi 2017/ 2018. 

Anda boleh merujuk kepada informasi penting di bawah ini mengenai maklumat terkini tentang semakan keputusan tawaran kemasukan, panggilan temuduga dan tarikh pendaftaran UPU 2017. 
Maklumat akan dikemaskini dari masa kesemasa sebagai panduan kepada pelajar yang membuat permohonan.Untuk maklumat terkini , sila layari laman web UPU di http://upu.mohe.gov.my/web/


SEMAKAN UPU 2017

Semakan Keputusan UPU 2017 Online

Dipetik dari Facebook Kemasukan BPKP JPT (FB Rasmi UPU), berikut dikongsikan tarikh penting semakan keputusan permohonan UPU 2017 online untuk lepasan SPM & STPM setaraf.

Permohonan UPU Dan Pembelian PIN UPU Di BSN

  • 6 Februari : Permohonan UPU Online dan Jualan unik ID BSN DIBUKA
  • 4 April 2017 : Jualan unik ID BSN DITUTUP
  • 5 April 2017 : Permohonan UPU Online DITUTUP
  • 11 hingga 17 Jun : Sistem UPU Online Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DIBUKA
  • 18 hingga 24 Jun : Sistem UPU Online Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DITUTUP

Semakan Keputusan UPU/ Rayuan Sesi 2017/ 2018


Menurut FB Rasmi UPU, telah memaklumkan yang semakan keputusan permohonan UPU sesi 2017/ 2018 untuk lepasan SPM/ setaraf boleh disemak pada hari Isnin 15 Mei 2017 bermula Jam 1230 tengahari.

Semakan online boleh dibuat di Portal Rasmi UPU di http://upu.mohe.gov.my/web/

Semakan secara SMS

  • Taip UPU<jarak> RESULT<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

Pemohon juga boleh membuat semakan tawaran kemasukan IPTA menerusi pautan di bawah sekiranya link UPU di atas menghadapi kesulitan akibat penggunaan yang tinggi.

Arahan Kepada Para Pemohon

Pemohon yang berjaya hendaklah membuat pengesahan tawaran dan juga mencetak surat tawaran rasmi melalui Laman Web Rasmi IPTA berkaitan ataupun Jabatan Pengajian Politeknik (JPP).

11 hingga 17 Jun

Hebahan Keputusan Rayuan Permohonan bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

3 Ogos

Hebahan Keputusan Permohonan bagi Lepasan STPM/Setaraf

20 hingga 26 Ogos

Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 1 bagi Lepasan STPM/Setaraf

10 hingga 16 September

Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 2 bagi Lepasan STPM/Setaraf

Permohonan eRayuan UPU

14 hingga 20 Mei

Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

21 hingga 23 Mei

Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

3 Ogos

Permohonan UPU Online Rayuan DIBUKA bagi Lepasan STPM/Setaraf bermula jam 1200 tengahari

7 Ogos

Permohonan UPU Online Rayuan DITUTUP bagi Lepasan STPM/Setaraf pada jam 1159 malam

Semakan Panggilan Temuduga

  • 18 hingga 21 April 2017 : Panggilan temuduga untuk kursus bertemuduga di IPTA. Klik SEMAK TEMUDUGA
Semakan Panggilan Temuduga (Pendidikan) bagi Lepasan STPM/Setaraf
Semakan Panggilan Temuduga (Bukan Pendidikan) Ujian MEdSI bagi Lepasan STPM/Setaraf
  • Tarikh semakan adalah pada 25 Mei 2017 (Hari Khamis)
  • Pemohon yang memilih program bertemuduga di UIAM, anda boleh membuat semakan bermula pada 24 Mei 2017 (Hari Rabu)
  • Link semakan temuduga klik TEMUDUGA UPU
Tarikh penting diatas adalah dari sumber Portal Rasmi UPU dan tertakluk kepada perubahan

SEMAKAN TAHUN 2016

A. Semakan Keputusan Panggilan Temuduga

1) Calon lepasan SPM/ Setaraf 

Tarikh semakan : Minggu kedua April 2016
Link semakan UA/ IPTA:-
Calon lepasan SPM/Setaraf dan SKM bagi Kemasukan Ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA - minggu kedua April 2016 dan 15 April 2016 (Politeknik)

2) Calon lepasan STPM dan setaraf

Tarikh semakan : Minggu Ketiga Mei 2016
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan : Semakan panggilan Temuduga (Pendidikan) dan Ujian Medsi  : (Untuk calon lepasan Matrikulasi/Asasi, STPM/Setaraf dan STAM) : Minggu ketiga Mei 2016 (17 atau 18 Mei 2016)
    • Semakan Layak Menduduki Temuduga Pendidikan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidkan: Mulai 10 Jun 2016 (Jumaat) selepas 500 petang. Klik SEMAK UPSI
     
  • Ijazah Sarjana Muda Bukan Pendidikan : Semakan layak menduduki temuduga/ ujian khas program ISM bagi (tari, teater, komunikasi, dan sains sukan sahaja) sesi 2016/2017 (September) boleh mula disemak mulai 19 Mei 2016 selepas jam 12.00 tengahari.
  • Klik Semakan Medsi


B. Semakan Keputusan UPU Ke IPTA & Politeknik Premier Online

Semakan keputusan UPU 2016 online boleh disemak seperti tarikh berikut :-

Calon lepasan SPM/ Setaraf

  1. UA/ IPTA - 16 Mei 2016  (Isnin) mulai 1200 tengahari hingga 31 Mei 2016
  2. Politeknik Premier : 16 Mei 2016 selepas 200 petang. 
  3. Politeknik Konvensional : 26 Mei 2016 selepas 200 petang

Calon lepasan STPM/ Setaraf  

  1. Minggu Kedua Ogos 2016 (8 Ogos 2016) :  Semakan keputusan permohonan UPUOnline bagi lepasan STPM/Setaraf sesi akademik 2016/2017 boleh disemak mulai 8 Ogos 2016, jam 12.00 tengahari
  2. e-Rayuan akan dibuka dalam tempoh 5 hari sahaja iaitu mulai 8 Ogos hingga 12 Ogos 2016. Hanya calon yang gagal dalam menerima sebarang tawaran ke UA sahaja dibenarkan untuk mengemukakan rayuan.

Semakan online




  • Klik - http://upu.mohe.gov.my/web/
  • atau https://online.mohe.gov.my/upu/hebahan_spm_1617/ 

  • Semakan secara SMS 

    • Taip UPU<jarak> RESULT<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888


    erayuan upu 2016


    Pemohon juga boleh membuat semakan tawaran kemasukan IPTA menerusi pautan di bawah ini sekiranya link UPU di atas menghadapi kesulitan akibat penggunaan yang tinggi.


    Semakan keputusan UiTM Sesi 1 : 2016/ 2017 klik Semakan UiTM

    Tahniah kepada yang berjaya dan Surat tawaran rasmi dari UA (IPTA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA akan dikeluarkan sehari selepas keputusan diumumkan melalui Laman Web masing-masing.
    Pemohon dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran melalui Laman Web UA (UPTA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan permohonan diumumkan.

    Link Semakan Surat Tawaran

    Senarai pautan URL surat tawaran mengikut UA/ IPTA boleh dilayari di LINK TAWARAN:
    * akan dikemaskini dari masa kesemasa


    C. Semakan Keputusan UPU Ke Politeknik Konvensional/ Metro/ Kolej Komuniti dan ILKA



    • Tarikh semakan keputusan buat Politeknik Konvensional pada 26 Mei 2016 selepas jam 200 petang. Klik UPU untuk membuat semakan
    • Akan dikemaskini : Hebahan Keputusan Penempatan dan Cetakan Surat Tawaran Ke Kolej Komuniti di http://www.jpkk.edu.my/jpkk/

    D. Permohonan e-Rayuan Keputusan Ke IPTA/ Politeknik

    Mereka yang gagal mendapat tawaran ke UA/ IPTA, anda boleh membuat rayuan.

    1. Calon lepasan SPM/ Setaraf - 26 hingga 31 Mei 2016 (selama 5 hari sahaja). Klik e-Rayuan UPU 2016
    2. Calon lepasan STPM/ Setaraf - Minggu kedua Ogos 2016

    E. Semakan Keputusan Rayuan UPU

    Semakan keputusan rauan UPU boleh disemak seperti berikut :-

    1. Calon lepasan SPM/ Setaraf - 13 Jun 2016. Klik http://upu.mohe.gov.my/web/
    2. Semakan keputusan rayuan untuk kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) lepasan SPM/ setaraf dan Persijilan Kemahiran Malaysia/ Setaraf :-
      1. ILJTM (ADTEC, JMTI & ILP) ; 21 Jun 2016 di http://www.jtm.gov.my/semakjaya
      2. CIAST ; http://www.ciast.gov.my
      3. KOLEJ KOMUNITI ; http://www.jpkk.edu.my
      4. POLITEKNIK ; http://www.politeknik.edu.my
      5. NATC ; http://atpis.moa.gov.my/V4/result
      6. MARA (IKM & KKTM) ; Mulai 20 Jun 2016 di http://www.ekemahiran.edu.my
       
    3. Calon lepasan STPM/ Setaraf - Minggu keempat Ogos 2016

    F. Tarikh Penting Permohonan UPU 2016 

    Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting Permohonan UPU 2016 online yang dikongsikan dari Laman Web Rasmi UPU.

    lepasan spm
    lepasan stpm
    * Tarikh adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa

    Untuk maklumat lanjut Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi UPU di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang. Anda juga boleh dapatkan informasi terkini di FB UPU BPKP JPT atau Laman Web Rasmi UPU.

    Sumber : Panduan Malaysia

    Harga Minyak Minggu Ini Julai 2017 Petrol Dan Diesel Terkini

    Harga Minyak Petrol Dan Diesel Mingguan Bermula 27 Julai 2017. Berapakah harga minyak bulan Julai 2017? Berikut adalah harga terkini minyak petrol RON 95 dan RON 97 serta Diesel untuk setiap minggu di bulan Julai 2017 untuk panduan semua. Terkini, harga runcit rasmi Petrol RON95 (Tanpa subsidi), RON97, Diesel akan diumumkan setiap minggu bermula dari 30 Mac 2017.

    Turun dan naik harga minyak petrol dan diesel di Malaysia adalah ditentukan melalui mekasinme baru penetapan harga secara mingguan. Ianya menggantikan penetapan harga secara bulanan yang telah dilaksanakan semenjak Disember 2014.


    Harga Minyak minggu ini julai 2017

    Harga Minyak Minggu Ini Julai 2017 Petrol Dan Diesel Terkini

     * Berkuatkuasa pukul 12.01 minit pada hari Khamis, 27 Julai 2017, harga runcit petrol dan diesel bagi minggu ini adalah seperti berikut. Harga akan dikemaskini sekitar lewat petang/ awal malam pada setiap hari Rabu setiap minggu. 

    27 Julai Hingga 2 Ogos 2017 (Harga Minyak Minggu Ini)


    • RON95 : Naik 6 sen @ RM2.03seliter (Harga sebelum RM1.97 seliter)
    • RON97 : Naik 6 sen @ RM2.28 seliter (Harga sebelum RM2.22 seliter)
    • DIESEL : Naik 3 sen @ RM1.99 seliter (Harga sebelum RM1.96 seliter)
    • EURO 5 : Naik 3 sen @ RM2.09 seliter (Harga sebelum RM2.06 seliter


    20 Julai Hingga 26 Julai 2017 (Harga Minyak Minggu Ini)

    Harga runcit rasmi bermula 20 Julai 2017 kekal
    • RON95 : Kekal @ RM1.97 seliter (Harga sebelum RM1.97 seliter)
    • RON97 : Kekal @ RM2.22 seliter (Harga sebelum RM2.22 seliter)
    • DIESEL : Kekal @ RM1.96 seliter (Harga sebelum RM1.96 seliter)
    • EURO 5 : Kekal @ RM2.06 seliter (Harga sebelum RM2.06 seliter)


    13 Julai Hingga 19 Julai 2017  (Harga Minyak Minggu Ini)

    Naik 3 hingga 5 sen seliter :-
    • RON95 : Naik 4 sen @ RM1.97 seliter (Harga sebelum RM1.93 seliter)
    • RON97 : Naik 3 sen @ RM2.22 seliter (Harga sebelum RM2.19 seliter)
    • DIESEL : Naik 5 sen @ RM1.96 seliter (Harga sebelum RM1.91 seliter)
    • EURO 5 : Naik 5 sen @ RM2.06 seliter (Harga sebelum RM2.01 seliter)

    6 Julai Hingga 12 Julai 2017

    • RON95 : Naik 4 sen @ RM1.93 seliter (Harga sebelum RM1.89 seliter)
    • RON97 : Naik 4 sen @ RM2.19 seliter (Harga sebelum RM2.15 seliter)
    • DIESEL : Naik 7 sen @ RM1.91 seliter (Harga sebelum RM1.84 seliter)
    • EURO 5 : Naik 7 sen @ RM2.01 seliter (Harga sebelum RM1.94 seliter)

    22 Jun Hingga 28 Jun 2017 (Harga Minyak Minggu Ini)

    • RON95 : Turun 7 sen @ RM1.91 seliter (Harga sebelum RM1.98 seliter)
    • RON97 : Turun 7 sen ke RM2.17 seliter (Harga sebelum RM2.24 seliter)
    • DIESEL : Kekal @ RM1.88 seliter (Harga sebelum RM1.88 seliter)
    • EURO 5 : Kekal @ RM1.98 seliter (Harga sebelum RM1.98 seliter)

    15 Jun Hingga 21 Jun 2017 

    • RON95 : Turun 7 sen @ RM1.98 seliter (Harga sebelum RM2.05 seliter)
    • RON97 : Turun 7 sen ke RM2.24 seliter (Harga sebelum RM2.31 seliter)
    • DIESEL : Turun 6 sen @ RM1.88 seliter (Harga sebelum RM1.94 seliter)
    • EURO 5 : Turun 6 sen @ RM1.98 seliter (Harga sebelum RM2.04 seliter)

    8 Jun Hingga 14 Jun 2017 (Harga Minyak Minggu Ini)

    • RON95 : Turun 5 sen @ RM2.05 seliter (Harga sebelum RM2.10 seliter)
    • RON97 : Turun 7 sen ke RM2.31 seliter (Harga sebelum RM2.38 seliter)
    • DIESEL : Turun 8 sen @ RM1.94 seliter (Harga sebelum RM2.02 seliter)
    • EURO 5 : Turun 8 sen @ RM2.04 seliter (Harga sebelum RM2.12 seliter)

    1 Jun Hingga 7 Jun 2017

    • RON95 : Turun 2 sen @ RM2.10 seliter (Harga sebelum RM2.12 seliter)
    • RON97 : Turun 2 sen ke RM2.38 seliter (Harga sebelum RM2.40 seliter)
    • DIESEL : Turun 1 sen @ RM2.02 seliter (Harga sebelum RM2.03 seliter)
    • EURO 5 : Turun 1 sen @ RM2.12 seliter (Harga sebelum RM2.13 seliter)

    25 Mei Hingga 31 Mei 2017

    • RON95 : Naik 4 sen @ RM2.12 seliter (Harga sebelum RM2.08 seliter)
    • RON97 : Naik 4 sen ke RM2.40 seliter (Harga sebelum RM2.36 seliter)
    • DIESEL : Naik 4 sen @ RM2.03 seliter (Harga sebelum RM1.99 seliter)
    • EURO 5 : Naik 4 sen @ RM2.13 seliter (Harga sebelum RM2.09 seliter)

    18 Mei Hingga 24 Mei 2017

    • Harga petrol naik 7 sen manakala Diesel naik 4 sen
    • RON95 : Naik 7 sen @ RM2.08 seliter (Harga sebelum RM2.01 seliter)
    • RON97 : Naik 7 sen ke RM2.36 seliter (Harga sebelum RM2.29 seliter)
    • DIESEL : Naik 4 sen @ RM1.99 seliter (Harga sebelum RM1.95 seliter)
    • EURO 5 : Naik 4 sen @ RM2.09 seliter (Harga sebelum RM2.05 seliter)

    11 Mei Hingga 17 Mei 2017

    Harga petrol dan diesel turun dari 10 sen hingga 13 sen seperti berikut :-


    • RON95 : Turun 10 sen @ RM2.01 seliter (Harga sebelum RM2.11 seliter)
    • RON97 : Turun 10 sen ke RM2.29 seliter (Harga sebelum RM2.39 seliter)
    • DIESEL : Turun 13 sen @ RM1.95 seliter (Harga sebelum RM2.08 seliter)
    • EURO 5 : Turun 13 sen @ RM2.05 seliter (Harga sebelum RM2.18 seliter)

    4 Hingga 10 Mei 2017

    • RON95 : Turun 10 sen @ RM2.11 seliter (Harga sebelum RM2.21 seliter)
    • RON97 : Turun 10 sen ke RM2.39 seliter (Harga sebelum RM2.49 seliter)
    • DIESEL : Turun 6 sen @ RM2.08 seliter (Harga sebelum RM2.14 seliter)
    • EURO 5 : Turun 6 sen @ RM2.18 seliter (Harga sebelum RM2.24 seliter)

    27 April Hingga 3 Mei 2017

    • RON95 : Turun 6 sen @ RM2.21 seliter (Harga sebelum RM2.27 seliter)
    • RON97 : Turun 5 sen ke RM2.49 seliter (Harga sebelum RM2.54 seliter)
    • DIESEL : Turun 7 sen @ RM2.14 seliter (Harga sebelum RM2.21 seliter)
    • EURO 5 : Turun 7 sen @ RM2.24 seliter (Harga sebelum RM2.31 seliter)

    20 hingga 26 April 2017

    • RON95 : Naik 3 sen @ RM2.27 seliter (Harga sebelum RM2.24 seliter)
    • RON97 : Naik 2 sen ke RM2.54 seliter (Harga sebelum RM2.52 seliter)
    • DIESEL : Naik 5 sen @ RM2.21 seliter (Harga sebelum RM2.16 seliter)
    • EURO 5 : Naik 5 sen @ RM2.31 seliter (Harga sebelum RM2.26 seliter)

    13 April Hingga 19 April 2017

    • RON95 : Naik 8 sen ke RM2.24 seliter (Harga sebelum RM2.16 seliter)
    • RON97 : Naik 9 sen ke RM2.52 seliter termasuk GST (Harga sebelum RM2.43 seliter)
    • DIESEL : Naik 8 sen ke RM2.16 seliter (Harga sebelum RM2.08 seliter)
    • EURO 5 : Naik 8 sen ke RM2.26 seliter (Harga sebelum RM2.18 seliter)

    6 April Hingga 12 April 2017

    • RON95 : Naik 3 sen ke RM2.16 seliter (Harga sebelum RM2.13 seliter)
    • RON97 : Naik 2 sen ke RM2.43 seliter termasuk GST (Harga sebelum RM2.41 seliter)
    • DIESEL : Turun 3 sen ke RM2.08 seliter (Harga sebelum RM2.11 seliter)
    • EURO 5 : Turun 3 sen ke RM2.18 seliter (Harga sebelum RM2.21 seliter)

    Tarikh 30 Mac Hingga 5 April 2017

    • RON95 : Turun 17 sen ke RM2.13 seliter (Harga sebelum RM2.30 seliter)
    • RON97 : Turun 19 sen ke RM2.41 seliter termasuk GST (Harga sebelum RM2.60 seliter)
    • DIESEL : Turun 9 sen ke RM2.11 seliter (Harga sebelum RM2.20 seliter)
    • EURO 5 : Turun 9 sen ke RM2.21 seliter (Harga sebelum RM2.30 seliter)
    2017 Harga Minyak dalam kurungan ( ) adalah harga bulan Mac 2017 sebelum pelaksanaan penetapah harga minyak secara mingguan. 

    Semoga harga terkini minyak akan berada pada tahap yang rendah serta berpatutan ketika kos sara hidup semakin meningkat kini.